Sarawak Tubuh Syarikat Minyak Sendiri



KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Sarawak merancang untuk menubuhkan syarikat minyaknya sendiri untuk mengambil bahagian dalam kegiatan penerokaan minyak dan gas di perairan Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Petronas dan mendapat respon yang positif, khasnya untuk kegiatan huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran.

"Saya telah berbincang dengan Petronas, kita mengambil pendekatan baharu, Sarawak akan ambil bahagian dalam kegiatan huluan minyak dan gas, selain daripada hiliran, huluan ini adalah pertama kali di mana kita akan tubuh syarikat kerajaan negeri untuk bersama-sama Petronas di dalam meneroka dan mengambil gas dan minyak di laut dekat Sarawak.

"Kita tubuh dulu syarikat kita, di mana kita akan bersama-bersama Petronas untuk menjalankan Kontraktor Pengaturan Petroleum dengan kontraktor yang akan mengambil minyak," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Beliau berkata, syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri itu akan mempunyai entitinya sendiri dan akan berpangkalan di Sarawak.

Menurutnya, sebelum ini syarikat minyak dan gas dari Sarawak hanya terbabit dalam kegiatan hiliran yang melibatkan industri minyak dan gas di Bintulu dengan anggaran pelaburan US$2 bilion. - Bernama

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :