Seorang lagi ditahan berkaitan serangan London Bridge


LONDON: Polis Britain, semalam menahan seorang lelaki berusia 19 tahun di timur London, susulan insiden serangan di London Bridge, minggu lalu.

Polis Metropolitan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman webnya berkata, lelaki itu kini ditempatkan di sebuah balai polis di selatan London dan ditahan mengikut Akta Pengganas.

Setakat ini, seramai enam lelaki sudah ditahan kerana dikaitkan dengan kejadian serangan pada Sabtu minggu lalu, yang mengorbankan 8 mangsa, manakala 50 lagi cedera, selepas tiga anggota militan memandu di laluan pejalan kaki di London Bridge dan menikam orang ramai. - Reuters

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :