PARIS: Pendakwa raya anti-pengganas memulakan siasatan hari ini, selepas polis menembak dan mencederakan seorang lelaki yang cuba menyerang seorang pegawai dengan tukul besi di luar gereja besar Notre Dame.
Pegawai itu cedera ringan dalam serangan di luar mercu tanda terkenal dunia di pusat bandar Paris.
Seorang rakan setugasnya bertindak balas dengan menembak suspek, mencederakan penyerang itu yang masih tidak diketahui motif sebenarnya, menurut sumber polis. AFP