
Oleh:Mohamed Hanipa Maidin
1.Apabila membaca sebahagian daripada kenyataan oleh beberapa individu mengenai saman terbaru DOJ bagi merampas wang daripada dana yang melibatkan 1MDB, saya hanya boleh simpulkan wujudnya kekeliruan dan salah faham yang terbit daripada kenyataan-kenyataan tersebut.
2. Saya mulakan dulu dengan kenyataan Presiden PAS. Beliau nampaknya cuba menyamakan tindakan terbaru DOJ ini sebagai satu bentuk campurtangan asing dalam politik Malaysia. Secara tersirat, dia nampaknya cuba membawa mesej ini-kita semua sewajarnya berjiwa patriotik dan tidak sepatutnya membenarkan kuasa asing menguasai kita.
3. Dengan hormat, bagi saya kenyataan beliau itu seolah-olah menggambarkan beliau amat fasih dengan undang- undang Amerika. Ia juga memberi gambaran bahawa saman DOJ di bumi Amerika, menggunakan undang undang Amerika, masih dikira satu campurtangan kuasa asing, sekurang-kurangnya itulah pendapatnya yang agak sempit.
4. Bagi saya, kenyataan beliau itu, dengan hormat, menunjukkan satu kejahilan yang jelas. Ia juga menggambarkan kegagalan Presiden Pas untuk menguasai isu 1MDB. Dari mula lagi, kenyataan itu hakikatnya amat tidak perlu. Ia hanya mengukukuhkan kepercayaan ramai yang Pas agak terpisah dengan urusan semasa. Lebih malang lagi, ia ibarat menambah garam di atas luka. Kenyataan tersebut memburukkan lagi saki baki imej Pas yang masih tinggal seperti nyawa2 ikan.
5. Bagi menjawab kebimbangan beliau yang tidak berasas itu, saya dengan penuh hormat, menjemput beliau melihat kenyataan rasmi daripada pemangku Peguam Negara USA, Kenneth Blanco yang menyatakan "Kami tidak akan benarkan Amerika menjadi tempat atau lubuk di mana para individu yang korup berharap untuk menyembunyikan harta benda mereka dan berbelanja secara mewah dan boros wang yang sepatutnya digunakan untuk manfaat rakyat di negara tersebut"
6. Ada lagi kenyataan lain daripada sebahagian menteri yang gila mengampu. Antara lain, kenyataan itu berbunyi sebegini-1MDB dan MO1 tidak dinamakan sebagai defendan dalam saman DOJ. Ada juga yang kata tiada keterangan penyalahgunaan dana 1MDB, meskipun saman DOJ masih di peringkat awal- belum sampai ke tahap perbicaraan di mana isu mengemukakan keterangan baru wajar dibangkitkan.
7. Baiklah, yang dahulu didahulukan. Ya, benar 1MDB dan MO1 tidak dinamakan sebagai defendan dalam saman DOJ. Reaksi awal saya "so what?" Adakah anda ingin katakan bahawa tiada sebarang liabiliti sewajarnya dikaitkan dengan kedua dua entiti ini kerana mereka tidak dijadikan sebagai defendan. Jika begitu halnya, kenapakah kedua dua entiti ini tidak mengarahkan peguam mereka untuk menentang saman DOJ tersebut?
8. Lagipun, bukankah kandungan saman DOJ tersebut secara spesifik menamakan kedua dua entiti tersebut dan juga membangkitkan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB oleh kedua dua entiti tersebut? Dalam keadaan begitu, sudah tentu mereka mempunyai kepentingan dalam saman DOJ tersebut.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Farid Kamil didakwa guna dadah jenis THC January 25, 2018 PETALING JAYA, 25 Jan: Selepas didakwa atas empat pertuduhan minggu lalu, pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC. Farid, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Farid tiba di Kompleks Mahkamah pada 10.10 berpakaian sut biru gelap ditemani adiknya, Fadzil Bahari Zahari, 35 dan beberapa anggota keluarga lain. Mengikut pertuduhan, hero filem Lagenda Budak Setan dan V3 Samseng Jalanan itu didakwa telah menggunakan dadah berbahaya jenis tetra hydrocannabinol atau THC di Pejabat Narkotik Daerah Petaling Jaya, pada 4.30 petang, 11 Jan lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 15 dan Seksyen 38B akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya dan diwajibkan pengawasan polis selama dua tahun, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik tidak menawarkan sebarang jaminan, bagaimanapun Farid yang diwakili peguam Athari Bahardin memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya atas alasan dia menanggung dua anak yang masih kecil. “Tertuduh bekerja dalam industri hiburan dengan pendapatan tidak menentu, dia juga menanggung ibu bapa yang sudah tua manakala adik tertuduh, Fadzil yang akan menjaminnya pula bekerja dalam bidang pengiklanan dengan pendapatan RM4,000 sebulan. Mohon jaminan dikurangkan,” katanya. Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah hingga kes selesai dan menetapkan 5 Mac untuk sebutan semula kes. Pada 16 Jan lalu, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Kaunter Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling, di sini pada 11 Jan lalu. Bagi kesemua pertuduhan itu, mahkamah membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 5 Mac. Dalam kejadian, pelakon itu dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.– BernamaTHE MALAYSIAN TIMES
PETALING JAYA: Selepas didakwa atas empat pertuduhan minggu lalu, pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kami… Read More...
‘Saya tidak buat komen dalam laporan berita’THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Seorang wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia (TV3) hari ini memberitahu Mahkamah … Read More...
Ibu Mertua Tidak Pasti Punca Farid Kamil Buat Report… Read More...
PRU14: Subra bincang ‘senarai calon MIC’ di Delhi dengan Najib?THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dijangka akan mengadakan perjumpaan ‘tertutup’ b… Read More...
Jabatan Peguam Negara tolak representasi Adam RoslyTHE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menolak representasi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang Datuk… Read More...