Baru-baru ini buku salasilah keluarga Ali Shah Khan(ASK) yang merupakan Datuk kepada Allahyarham Tan Sri H.Shah seorang tokoh perniagaan terkemuka di negara ini telah dilancarkan di Shah'Village Hotel Petaling jaya dengan dihadiri ramai kaum keluarganya.
H.M Shah telah memainkan peranan penting mengusahakan buku ini sejak30 tahun lalu tetapi hanya dapat diterbitkan setelah beliau meningggal dunia.
Moyang kepada Ali Shah Khan, Azharuddin M.Kassim mengambil tanggungjawab sebagai pengarang yang mengumpul dan menyusun bahan-bahan dan menerbitkannya dalam kualiti yang tinggi sebagai biografi bergambar setebal 400 muka tetapi cetakannya terbatas untuk pengedaran kepada anggota keluarga ASK sahaja.
Dalam keluarga ini Tan Sri H.M.Shah merupakan tokoh yang paling terkenal di Malaya dan Malaysia dan juga Singapura,tidak sahaja kerana kejayaannnya di bidang perniagaan tetapi juga keupayaan sosialnya sehingga kerpingkat kepimpinan kedua negara.negara sejak dari awal tahun 40n.
Beliau tidak sahaja dikenali rapat oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman tetapi juga Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam politik tanah di kedua negara.
Umum mengetahui Tan Sri H .M Shah sebagai seorang ahli perniagaan yang pintar,licin,cekap,berani dan optimistik tetapi tidak tahu peranannya dalam membantu kemajuan perniagaan dan pembangunan Utusan Melayu sejak awal penerbitannya di Singapura .
Penaja Utusan Melayu ,Yusuf Ishak yang melihat potensi S.H.Shah sebagai tokoh perniagaan yang aktif dalam bidang sosial di Singapura telah membawanya masuk ke Utusan untuk mencari iklan bagi akhbar Utusan di awal penubuhan Utusan Melayu dalam tahun 40an.
Beliau banyak membawa masuk iklan ke Utusan Melayu sebagai punca penambahan kewangan dan kemudianya setelah Utusan berpindah ke Malaya dari Singapura dalam tahun 1957 beliau telah membantu pengedaran Utusan di Utara tanah air sebagai wakilnya.
Sesudah pemogokan pekerja Utusan Melayu pada tahun 1961,beliau telah menjadi Pengarah Urusan Utusan Melayu.Walaupun singkat khidmatnya tetapi beliau dapat membina bangunan tambahan bagi Utusan Melayu di Jalan Chan Sowa Lin.
Sebelum itu beliau juga membantu Yusuf bagi mendapatkan beberapa keping tanah bagi Utusan Melyu di jalan yang sama dengan menggunakan hubungan baik dengan Almarhum Sultan Selangor datuk kepada Sultan sekarang.
Saya sendiri terhutang budi kepadanya kerana beliaulah yang melihat saya lebih berpotensi untuk bertugas di Kuala Lumpur dari terus kekal di Alor Setar sebagai pemberita .Walaupun beliau telah berhenti dari Utusan Melayu tetapi beliau tidak pernah lupa untuk menjemput saya majlis-majlis yang diadakanya dan demikian juga menghadiri jemputan-jemputan dari Utusan Melayu.
Ali Shah Khan (atau ASK) merupakan datuk kepada Almarhum Tan Sri HM Shah dan moyang kepada pengarang buku Salasilah Keluarga Ali Shah Khany(ASK) .
ASK yang lahir sekitar 1860an berasal dari Bareilly, Uttar Pradesh, British India, telah dibawa masuk oleh British untuk kerja-kerja ukur tanah di Tanah Melayu pada penghujung abad ke 19. Beliau merupakan seorang juruukur tanah.
Di Malaya, beliau mempunyai keluarga yang agak besar iaitu melalui 4 dari 5 perkahwinan. Isteri pertama berkeluarga di Pulau Pinang dan yang lainnya berkeluarga di Melaka. Sehingga kini sudah memiliki 7 keturunan dengan lebih 1000 ahli keluarga. Namun oleh kerana perbezaan lokasi dan peredaran masa , hubungan sesama ahli keluarga mulai rapuh atau jauh. Keluarga telah berkembang ke seluruh negara terutama sekitar bandar Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Singapura. Ada juga yang berhijrah keluar negara.
Tan Sri HM Shah adalah merupakan antara pemain utama di dalam usaha merapatkan semula hubungan antara ahli keluarga ASK. Pelbagai usaha telah beliau jalankan kearah penyatuan tersebut dengan impian terakhir beliau adalah untuk melihat satu dokumen salasilah dihasilkan dan boleh dijadikan sebagai rujukan. Usaha ini dijalankan sejak lebih 30 tahun dahulu namun atas beberapa kekangan , usaha ini tidak berhasil sehingga pemergian beliau ke rahmatullah beberapa tahun dahulu.
Bagaimanapun usaha mengumpul maklumat salasilah terus dikemaskini melalui data yang terkumpul sewaktu hayat Tan Sri HM Shah dan banyak maklumat baru hasil sembang di grup WhatsApp ASK.
Akhirnya, kini impian Almarhum Tan Sri HM Shah telah tercapai dengan terhasilnya buku yang dinantikan oleh semua ahli keluarga. Pelancarannya telah berjaya di jalankan seperti dihasratkan iaitu sebelum Ramadhan dan Shawal pada 14 lalu di Shah's Village Hotel . Ini adalah untuk membolehkan ahli keluarga menjadikan buku tersebut sebagai rujukan menjalinkan atau menguatkan ikatan silaturrahim terutama sempena pertemuan Shawal (Hari Raya) nanti.
Kata Pengarangnya Azharuddin, Buku Salasilah Keluarga ASK ini merupakan satu dokumen hidup di mana penambahbaikan diharapkan akan dapat dilakukan pada masa akan datang oleh generasi seterusnya.
Isteri Allahyarham S.M.Shah Puan Sri Sarina sedang menyampaikan buku Salasilah keluarga Ali Shah Khan kepada salah seorang rakan rapat S.M. Shah |
Sebahagian dari anggota keluarga Ali Shah Khan yang menghadhiri upacara pelacaran buku Salasilah ASK |
Nota: Terima Kasih kepada anggota keluarga Allahyarham S.M.Shah yang menghadiahkan buku ini kepada saya. Mohon maaf majlis pelancarannnya, saya tidak dapat ikut serta.