Sudah Tiba Masa SUPP, UPP Berdamai


KUCHING: Masyarakat Cina di negeri ini terus menuntut penyatuan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Terbaru, Presiden Persekutuan Persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Serian Dato Richard Wee menggesa pemimpin kedua-dua parti mengepikan agenda peribadi dan berjuang untuk kebaikan komuniti Cina.

Menurutnya, kedua-dua parti berteraskan Cina itu jika bersatu boleh menaik sokongan komuniti Cina sekaligus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) turut menggesa SUPP dan UPP untuk bersatu, begitu juga harapan komuniti Cina," katanya.

Beliau menambah, jika penyatuan dicapai, komuniti Cina akan memiliki lebih wakil dalam kerajaan BN agar lebih banyak isu dapat diselesaikan.

"Kita bertindak sebagai penghubung antara kerajaan dan komuniti bagi membantu masyarakat menyelesaikan masalah," ujarnya.-Sarawakiana


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :