SYABAS DR. ISMAIL TEGUR TAZKIRAH LAPUK YANG BERULANG BERDEKAD

SAYA KECEWA DENGAN ASYRAF DUSUKI

Professor Datuk Dr. Ismail Ibrahim  mempunyai autoriti yang tinggi untuk menegur tazkirah ,syarahan atau  ceramah agama terutama di bulan Ramadan yang tidak sezaman, yang banyak merupakan ulangan  bahan-bahan yang telah kita dengar sejak berdekad.

Pada umumnya,kata beliau, berkisar di sekitar ritual,dosa pahala  yang tidak membuka minda kearah  penyelesaian perilaku manusia moden yang sedang tercabar dengan nilai baru " teknostres" atau  kegelisahan  dan penyelewengan jiwa dalam era teknologi maklumat dan komuniti(ICT)

Pendekatan agama di Malaysia terutama dalam tazkirah tidak mempedulikan  kemajuan dan kemakmurannya yang   telah mencetuskan kecenderungan persaingan masyarakat pengguna kearah Perdagangan Agama yang berselindung disebalik pakaian,penubuhan sekolah-sekolah  tahfiz,perubatan dan sebagainya.

Sebenarnya tidak sahaja masyarakat umum yang menyeleweng dalam memahami prinsip  kesederhanaan dalam Islam tetapi kepimpinan negara sendiri yang bercakap tentang wasatiah dan hadhari.

Dr. Ismail yang juga merupakan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan bertanya apakah dengan hanya membicarakan dosa pahala dan ritual serta fardu ain sudah cukup untuk membina akhlak dan moral anak-anak muda kita pada hari ini bagi menghadapi cabaran sezaman( Lihat tulisannya di Utusan Malaysia 14 Jun 2017)

Tidak ramai para ulama kita atau pegawai-pegawai majlis agama yang berani tampil kehadapan untuk menunjukkan sikap  kritikal  terhadap amalan atau pendekatan agama yang akhirnya akan merosakkan imej agama kerana banyak hipokrasi dan talam dua muka.

Umpamanya walaupun tidak ada paksaan dalam agama  tetapi berlaku  paksaan supaya jemaah  mendengar tazkirah dengan menolak logik akal tentang cara penyampaian ilmu dan pengajaran  yang berkesan.

Langkah pihak agama  di Selangor  tidak menggalakan tazkirah  ditengah sembahyang tarawih setelah empat rakaat pertama mungkin boleh diambil sebagai penggunaan akal untuk menggalakkan lebih ramai orang bertarawih dan bukannya lari dari sembahyang tarawih.

Perasaan tidak senang dengan cara paksaan ini telah lama terpendam yang terdedah hanya  apabila sahaja larangan  dilaksanakan di Selangor. Seorang pembaca telah menyambut baik  langkah ini di Forum Utusan Malaysia dengan mensifatkannya sebagai langkah mesra tarawih . ( UM 15 June 2017)l

kecenderungan membaca  surah Al Quran yang panjang  dalam sembahyang sunat tarawih juga menimbulkan kegelisahan  di kalangan para jemaah.

Teringat saya semasa kecil di kampung, ramai anak-anak muda turut berjemaah sembahyang tarawih kerana bacaan ayat-ayat yang ringkas dan padat. Malah sekarang pun masjid-masjid yang pendek waktu sembahyang tarawihnya walaupun 20 rakaat  lebih menjadi tumpuan.

Kebanyakkan tazkirah pula samaada di bulan Ramadhan atau disepanjang masa  di Radio dan TV, lebih  banyak yang  merujuk  kepada  masalah moral dan kehidupan di zaman nabi bagi menghadapi masalah rumah tangga, kejahatan moral dan sebagainya di zaman sekarang  yang   memerlukan rawatan keugamaan bersandarkan pendekatan  sosiologi, psikologi , antoropologi dan juga perundangan.

Umpamanya lebih relevan kes-kes baru  dikemukakan dalam tazkirah atau ceramah agama  dari mengemukakan kes-kes di zaman nabi dalam soal sikap isteri terhadap suami.

Pandangan atau ajaran  yang bersifat hukum, fanatik, emosi , sentimen tanpa rasionalisasi dengan merujuk kepada kes-kes di zaman nabi dengan contoh sikap Siti Aishah akan dianggap sebagai cerita purbakala yang tidak kena mengena dengan masalah  isteri di zaman moden.

Maka itu ceramah yang seumpama ini tidak  membuka minda  malah menampakkan kecetekan pemikiran seseorang penceramah agama.

Dalam pada itu persoalan yang lebih banyak ditumpukan ialah mengenai wanita tidak menutup aurat seolah-olah wanita  sebagai punca kejahatan kepada lelaki sedangkan banyak lagi persiapan ketahanan diri  dari segi keilmuan  untuk mengebalkan wanita dalam  pendedahan kepada masyarakat terbuka.

Tentulah kita tidak pernah memikirkan kempen penutupan aurat terutamanya berhijab akhirnya menjadi suatu sumber perniagaan besar kerana persaingan antara wanita Islam untuk memakai tudung yang lebih mahal dan lebih ternama atau berjenama dan tidak sekadarkan keperluan  untuk menutup aurat.

Agama hanya mengajar untuk menutup aurat tetapi tidak mewajibkan untuk memakai tudung yang mahal sehingga beribu ringgit.

Sekarang telekong juga sudah tidak hanya sekadarkan berwarna putih tetapi di pasarkan dalam berbagai warna. Kepercayaan untuk menghadapi Allah kelak dalam hanya warna putih sudah tidak diambil berat lagi. Tidak mustahil suatu masa kelak jenazah dikapankan dalam kain yang berwarna warni.

Ustaz dan ustazah yang bertazkirah di masjid-majid dan surau-surau tidak hanya sekadar bertazkirah  tetapi juga membawa barangan  yang dikaitkan  dengan keugamaan seperti ubatan, madu, atar dan sebagainya untuk  dijual kepada para jemaah.

Saya memberikan beberapa contoh untuk menunjukan tazkirah agama yang yang ketinggalan zaman walaupun  nilai manusia berubah mengikut perkembangan sekeliling seperti yang ditegaskan oleh Dr. Ismail Ibrahim "Perkembangan akal dan roh manusia menjadi semakin matang dan maju dengan peredaran zaman dan perubahan masa."

Pendedahan lelaki dan perempuan menerusi  interaksi bidang sosial seperti bidang pekerjaan dan lainnya sebenarnya mendatangkan kekebalan dan  tidaklah lagi mendatangkan bahaya seperti zaman dahulu ketika pergaulan terbatas kerana pekara yang luar biasa telah menjadi biasa.

Wanita-wanita yang mudah terpengaruh terdiri dari mereka yang tidak pernah terdedah kepada pergaulan yang luas menerusi berbagai bidang sosial.

Seperti yang ditegaskan oleh Dr.Ismail"Kemajuan berfikir manusia berlaku sejak zaman nabi. Maka itu dakwah para rasul dan nabi sebelum Nabi Muhammad SWA adalah berbeza dengan manusia umat Muhammad." Ertinya perubahan, penyesuaian  dan pendekatan agama dengan kehendak-kehendak semasa seharusnya berlaku.

Dalam beberapa hal Islam tidak berkembang di Malaysia sesuai dengan  aliran kemajuan pemikiran manusia Islam disebuah negara pasaran  terbuka tetapi terbantut oleh pengajaran agama  yang menggalakkan pengasingan diri, pembatasan pergaulan dan pakaian, Arabanisasi  dan perkembangan  kefahaman yang tidak relevan dengan persekitaran.

 " Zaman  ini berubah dengan begitu cepat, jadi apakah kerangka dakwah dan pengolahannya yang telah dilakukan dua tiga dekad yang lalu masih relevan dan berkesan pada masa  ini ,ketika jiwa dan  anak-anak sekarang yang telah berubah dengan mendadak sekali?",kata Dr.Ismail.

Anak-anak  remaja perlu terdedah kepada  berbagai kegiatan sosial yang boleh menceriakan dan membebaskan  jiwa menerusi alam pendidikan yang bersifat antarabangsa dan bukannya terkurung dan  tertekan dalam suasana doktrin  kepondokan  yang terbatas kepada peribadatan, naysid, syarahan keugamaan, penghafalan Al-Quran sepanjang  hari kerana  mereka tidak boleh terpisah dari hidup masyarakat berbilang agama dan kaum  yang  membolehkan mereka  membuat perbandingan.

Menglibralisasikan pendekatan agama  tidak mudah dilakukan  dalam masyarakat yang semakin peka terhadap agama  tetapi saya percaya  Dr. Ismail sendiri boleh  mengambil inisiatif untuk mengumpulkan tenaga profesional, Intelektual dan ilmuan Islam yang progresif dan dinamik  untuk merancang dan menyusun pendekatan bersepadu dan berani  ke arah libralisasi tazkirah atau ceramah menerusi multimedia terutama TV dan Radio.

Sebenarnya kita memerlukan bukan hanya seorang  Pakar  Motivasi seperti Dr Mohd Fadzilah  Kamsah sebaliknya beribu lagi  orang sepertinya yang  dapat membuka minda umat Islam di negara ini.

Tokoh-tokoh agama lain  yang dinamik dan sentiasa berfikiran terkini seperti Islamic Scholar Dato Dr. Asyraf Wajidi Dusuki ,Mufti Perlis Prof.Madya Datuk Dr.Mohd Asri Zainual Abidin dan beberapa orang lagi ustaz dan ustazah yang sederhana dan progresif yang  dapat dikenal pasti menerusi program-program mereka di  TV.  Ia seharusnya merupakan suatu kumpulan kecil yang berkualiti dtetapi berupaya membawa suatu perubahan besar.

Saya sebenarnya kecewa dengan Dr. Asyraf  seorang Islamic Scholar,modenis Islam yang dihormati kerana daya intelektual yang tinggi  tetapi sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  tidak membantu  ke arah meningkatkan mutu  program agama di  TV dan Radio  sehingga ada stesen TV yang mengemukakan ustazah berpurdah (menutup muka) untuk memberi ceramah.







Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :