Terletak 100 Meter Dari Jalan Utama, Rumah Jackson Masih Tiada Elektrik


Wong Chin Yong yang merupakan calon berpotensi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi Parlimen Lanang kecewa dan terkejut kerana Rumah Jackson yang terletak dalam kawasan parlimen tersebut masih belum dibekalkan kemudahan elektrik.

"Rumah Jackson hanya 100 meter dari jalan utama. Alangkah terkejutnya apabila mendapati masih belum ada bekalan elektrik di situ," katanya.

Malah menurutnya, penduduk rumah panjang terbabit turut merasa hairan mengapa mereka diabaikan oleh SESco.

Memetik laporan Utusan Borneo, penduduk rumah panjang mendakwa, SESco memaklumkan mereka kos membekalkan elektrik adalah kira-kira RM1 juta.

"Sukar untuk dipercayai...rumah panjang terletak 100 meter dari jalan utama RM1 juta, bunyinya seperti mengarut," ujar Wong.

Wong berharap nasib penduduk rumah panjang terbabit dibela dengan segera.

"Saya dan Kelvin Kong (seorang lagi calon berpotensi) memberi jaminan kepada penduduk Rumah Jackson, jika salah seorang daripada kami wakil SUPP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, kami berjanji melakukan sesuatu berhubung isu itu," jelasnya.-Sarawakiana

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :