Gambar Hiasan |
KUCHING: Makan, Minum dan Merokok secara terbuka di tempat awam menyebabkan seramai 21 individu Islam ditangkap kerana tidak menghormati bulan Ramadan.
Statistik tangkapan tersebut adalah sehingga 5 Jun.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Wan Shaifuddin Wan Madihi menjelaskan, antara ditangkap merupakan 19 lelaki dan dua wanita.
"Kesemua ditangkap (tidak berpuasa) berusia antara 19 hingga 60 tahun yang membabitkan kakitangan kerajaan dan swasta termasuk tidak bekerja.
"Seramai 17 yang ditangkap adalah warganegara manakala empat lagi bukan warganegara Malaysia," katanya.
Menurutnya lagi, kebanyakan individu yang ditangkap kerana melakukan kesalahan makan dan minum secara terbuka iaitu 15 orang sementara baki enam orang lagi melakukan kesalahan merokok.
Kuching mencatat jumlah kes tertinggi dengan enam kes diikuti Samarahan (lima kes), Mukah (dua kes), Serian dan Bintulu masing-masing satu kes.-Sarawakiana