TLDM komited bantu urus 'Ex KD Rahmat' yang senget di Lumut


LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited membantu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan bekas Kapal Diraja (KD) Rahmat yang mengalami kebocoran sehingga sebahagian badannya senget di persisiran pantai berhampiran Marina Waterfront di sini, semalam.

Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli sejak pukul 11.30 pagi tadi, pihaknya giat menjalankan kerja-kerja mengepam keluar air dari kapal dikenali sebagai ''Ex KD Rahmat'' itu dan masih berlarutan sehingga kini.

"Anggota TLDM akan bergilir-gilir mengepam keluar air dari kapal itu selama 24 jam berturut-turut sehingga ia selesai dan ditegakkan semula kerana kapal itu pernah berkhidmat dengan kami.

"Sehingga kini, proses pengepaman menunjukkan perubahan apabila air dalam kapal berada bawah paras air laut dan kita juga telah menutup saluran keluar air supaya air tidak masuk lagi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Ex KD Rahmat dikatakan mengalami kebocoran kira-kira pukul 3 pagi menyebabkan sebahagian badannya senget sehingga gambar kapal itu tular di media sosial Facebook. - Bernama



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :