KUALA LUMPUR: Pengalaman pernah bekerja di beberapa restoran eksklusif sekitar ibu negara digunakan sebaik-baiknya ibu tunggal ini sehingga mampu mengusahakan perniagaan makanannya sendiri.
Marissyah Reyes Abdullah, 25, berkata, dia nekad mengusahakan perniagaan kepak ayam Putra Chicken Wing Ayam Madu sejak tiga tahun lalu selepas yakin dengan pengalaman diperoleh bekerja di beberapa restoran eksklusif di ibu kota.
“Impian membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan memang menjadi cita-cita saya kerana mahu menambah baik ekonomi keluarga dan bukan berpuas hati setakat kerja makan gaji.
“Sebab itu, tiga tahun lalu saya fikir mungkin tiba masanya saya cuba membuat resipi sendiri dan alhamdulillah ‘air tangan’ saya menjadi apabila perniagaan semakin berkembang,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Taman Tenaga, Cheras, di sini.
Marissyah antara usahawan wanita tempatan yang terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).
Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanakan komitmen secara global untuk memperkasakan lebih lima juta usahawan wanita menjelang 2020.
Bercerita lanjut, ibu kepada Putra Hamsyari Jeffrey, 7 dan berasal dari Sandakan Sabah ini berkata, dia tetap percaya pada rezeki diatur Allah SWT walaupun terpaksa bersaing dengan ramai peniaga lain yang lebih berpengalaman.
“Bagi saya setiap rezeki kita sudah tertulis dan saya sekadar mencuba nasib mengikut perancangan sendiri sambil berdoa agar usaha ini diterima Allah dan pelanggan yang menjadi tulang belakang perniagaan ini.
“Alhamdulillah, jualan semakin baik sejak mengikuti program 5by20 di bawah Coca-Cola KU dengan purata pendapatan sehari sebanyak RM1,000,” katanya yang turut dibantu dua pekerja iaitu adik ipar dan sepupunya.
Di Malaysia, program 5by20 adalah program Coca-Cola KU di mana usahawan wanita tempatan akan diberi sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuhan perniagaan yang sewajarnya.
- Harian Metro
Related Posts :
‘Reputasi SPRM terus tercemar selagi tiada tindakan ke atas 1MDB, SRC’Di sebalik tangkapan demi tangkapan yang dilakukannya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menangkis reputasinya sebagai ala… Read More...
'Cadangan sekolah Inggeris Umno bertujuan pancing undi’MALAYSIAKINI
Seorang pemimpin PKR mempersoalkan sama ada sokongan Pemuda Umno yang mahukan sekolah aliran Bahasa Inggeris dijadi… Read More...
Kurang ilmu punca isteri dizalimi
Siti Azielah Wahi
Gambar hiasan
SHAH ALAM - Kurangnya ilmu pengetahuan mengenai hak seorang isteri dan prosedur di mahkamah… Read More...
Kanak-kanak ditemui menyusu pada mayat ibu 25 Mei 2017 Kanak-kanak ditemui menyusu pada mayat ibu Kanak-kanak ditemui menyusu pada mayat ibu di Bhopal, India semalam. - Foto Cover Asia Press BHOPAL - INDIA . Seorang kanak-kanak ditemui menangis dan menyusui mayat seorang wanita yang dipercayai ibunya, semalam. Menurut laporan Times Of India, Pengerusi Badan Kebajikan Kanak-kanak (CWC), Sudhir Vidhyarthi menerima aduan mengenai kejadian tersebut yang bertempat di sebuah pagar kereta api. "Kanak-kanak tersebut lapar, menyebabkan kami yang menyaksikan keadaan tersebut berlinangan air mata," kata Sudhir. Siasatan awal polis mendapati mangsa yang berumur 35 tahun disyaki terjatuh dari kereta api semasa mendukung anaknya. Mangsa kemudian meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala anaknya yang berumur 14 bulan terselamat. "Mangsa mungkin terjatuh dari sebuah kereta api pada malam Selasa dan maut akibat kecederaannya," kata seorang pegawai polis di stesen Kotwali. Sementara itu, CWC mengalami kesukaran untuk mendaftarkan anak mangsa di sebuah hospital. "Sangat mengarut, hospital minta bayaran terlebih dahulu walaupun tahu keadaan anak mangsa getir," kata Sudhir. Sudhir memberitahu, anak mangsa akan dirawat selama dua hari sebelum diberikan kepada waris mangsa.
SINAR HARIAN
Kanak-kanak ditemui menyusu pada mayat ibu di Bhopal, India semalam. - Foto Cover Asia Press
BHOPAL - INDIA .… Read More...
Azmin minta semua pihak hormati titah SultanSINAR HARIAN
Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghenti… Read More...