ADAKAH TUN MAHATHIR JUGA TIDAK TAKUT KEPADA TUHAN???

Ya, dia (Tun Mahathir) tidak perlu takut kepada ugutan manusia. Sebaliknya, dia perlu takut kepada pembalasan Allah S.W.T. Tetapi yang jelas, dia tidak takut kepada Allah.

Jika benar tidak ada apa - apa kesalahan yang telah dilakukan, kenapa dia mengambil tindakan memecat Anwar Ibrahim dengan alasan kononnya bekas Timbalannya itu terlibat dengan salahlaku seksual?

Menyembunyi pengakuan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu tidak benar. Ini bermakna Tun Mahathir berbohong dan Allah SWT tahu dia berbohong.

Tuhan tahu Tun Mahathir cuba melindungi kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Pembohongan terhadap Anwar Ibrahim selama hari ini adalah suatu penipuan dan ianya adalah satu dosa.

Bagi pengikut PKR, Tun Mahathir telah membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana membuat fitnah terhadap Anwar, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang dia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.

Tetapi Tun Mahathir boleh membersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam tuduhan yang dibuat selama ini adalah tidak benar.

Semasa bersumpah, Tun Mahathir juga perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.

Dan dianya mengaku bahawa akan berdosa sekiranya sumpah yang dilafaz itu juga adalah satu pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka. Tapi, adakah Tun Mahathir berani melakukannya???

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :