ALASAN AZMIN PASAL RASUAH!!!

Huh! Banyak la Si Menteri Besar Selangor ni punya alasan nak kata sistem yang dia guna hari ini lebih baik dari yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kononnya.

Jika sebelum ini, pihak SPRM mempersoalkan tindakan Rejim Pakatan Selangor yang masih enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bagi memastikan pentadbiran mereka bersih.

Namun Si Menteri Besar Selangor tu beri alasan kononnya Rejim dibawah pentadbiran dia tidak memerlukan Ikrar tersebut kerana mereka mempunyai pendekatan tersendiri untuk memerangi rasuah.
“Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan pendekatan yang mana sebelum mesyuarat bermula setiap Rabu, anggota Exco perlu menandatangani suatu ikrar bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana kertas yang dibentangkan.
“Begitu juga dengan anak syarikat seperti PKNS yang mana sebelum mesyuarat bermula, setiap anggota lembaga pengarah menandatangani ikrar mereka tiada kepentingan dalam mana-mana kertas yang dibentangkan,” katanya.
Itu kata dia. Tapi hakikatnya, kita boleh tengok sendiri keadaan di Selangor pada ketika ini. Memang takde Exco yang terlibat. Cuma mereka menggunakan kroni untuk mendapatkan habuan.

Malah, pendedahan yang dibuat oleh Si Rafizi tu mengenai "Rasuah Betina" sebagai bahan habuan dibawah pentadbiran Rejim pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu pun masih tak terjawab.

Itu belum kita cerita pasal kemewahan yang dimiliki oleh kroni - kroni Si Menteri Besar Selangor tu sendiri. Maka tak pelik la kenapa dia takut nak tandatangani Ikrar yang dibuat oleh SPRM tu.

Tapi yang herannya, setiap kali ada laporan dan aduan yang didedahkan kepada umum, kenapa SPRM pulak suka 'membela' Rejim pimpinan Si Azmin ni dengan alasan kononnya 'Takde Kes'?

Walhal yang buat pendedahan tu pun bukannya orang lain. Dari kalangan pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri. Malah sampai hari ini, kes berkaitan dengan Rejim pentadbiran Si Azmin tu didiamkan.

Maka persoalannya, adakah Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin tu mempunyai keisitimewaan mereka yang tersendiri jika mahu dibandingkan dengan Negeri - Negeri lain? Kebal sangat ke diorang ni dari sebarang tindakan oleh pihak SPRM???

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :