Banyak la alasan DAPigs ni. Diorang yang tak nak buat pemilihan semula parti, sekarang nak salahkan pihak RoS pulak. Nampak sangat yang DAPigs ni takut pada bayang - bayang sendiri.
Semalam, wakil DAPigs memberikan alasan kononnya RoS sengaja melengah - lengahkan respon serta gagal memberikan jawapan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa CEC parti itu.
Menurut Ketua Biro Undang - Undang DAPigs, Gobind Singh Deo, parti itu mahu melakukan pemilihan segera memandangkan tempoh pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa.
"Semua orang tahu yang kami diancam RoS yang tidak boleh menggunakan logo parti untuk PRU14. Bermakna kami kena lakukan pemilihan semula secepat mungkin. Sedangkan kita telah lakukan semua perkara namun RoS seolah ambil sambil lewa.
"Persoalannya apakah mereka hendak respon kepada kita atau tidak? Jika tidak, beritahu kita dan parti boleh tangguhkan pemilihan semula, atau jika ada sebarang masalah kita boleh bawa ke mahkamah sebab semua perkara sudah kita lakukan," katanya di sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Tambahnya, pemilihan CEC parti itu hanya dapat dilakukan dan tertakluk kepada kelulusan RoS yang meletakkan pra-syarat yang ditetapkan supaya DAPigs menamakan badan bebas berkenaan.
RoS pada 7 Julai lalu meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang.
Namun hakikatnya, DAPigs yang sengaja melengah - lengahkan pemilihan semula parti itu kerana mahu menjadikan isu itu sebagai bahan modal Politik Murahan mereka menjelang PRU kelak.
Dari satu sudut, DAPigs melihat isu berkaitan dengan pemilihan Jawatankuasa CEC itu boleh menjadi modal untuk menagih sokongan simpati murahan dari kalangan rakyat terhadap mereka.
Mereka akan dilihat sebagai 'Mangsa Kekejaman' dan 'Mangsa Penindasan' Kerajaan sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh PKR sewaktu Si Ketua Penipu tu dipecat oleh Tun Mahathir.
Pokok pangkalnya, pemimpin DAPigs seperti anak kepada Mendiang Karpal Singh ni takut kehilangan jawatan sekiranya pemilihan semula diadakan. Nak pulak keluarga Dinasti Lim Kit Siang tu. Kalau pemilihan semula dibuat, belum tentu lagi keluarga dia dapat berkuasa!!!