KUALA LUMPUR – Amanah mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk memantau pegawai kanan kerajaan termasuklah menteri-menteri berkaitan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jawatankuasa ini akan mengenal pasti sama ada pegawai dan menteri terlibat menjalankan tanggungjawab mereka pada negara.
“Ahli Jawatankuasa Khas ini akan terdiri daripada bekas-bekas tokoh, Hakim Negara, Peguam Negara yang masih mempunyai kedudukan tinggi di mata rakyat seramai 10 orang.
“Tugas mereka adalah untuk memantau dan mengenal pasti jika salah laku khususnya dalam isu berkaitan seperti 1MDB.
“Sekiranya didapati mereka ini tidak menjalankan tanggungjawab yang sebetulnya, maka tindakan akan diambil sama ada menasihati atau undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya lagi, isu-isu lain yang terjadi di negara juga akan turut dipantau oleh jawatankuasa ini.
“Selain 1MDB, isu-isu besar negara juga akan turut diberi perhatian seperti Felda Global Venture dan lain-lain.
“Kami juga telah mengenal pasti beberapa nama yang tersohor yang mempunyai kredibiliti untuk menyertai Jawatankuasa ini,” katanya lagi.
Related Posts :
Kegiatan Raja Dadah DAP Terbongkar, Apakah Tiada Kesalahan AMLA?, SPRM, ROS Tak Nak Siasat Ker?
16 September 2019, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menerusi Ops Eagle Diamond yang dilakukan di Butterworth, Pulau Pinang meramp… Read More...
Lim Guan Eng, Born To Be A Great Liar!!!
Kos pembinaan Pan Borneo Sarawak masa Barisan Nasional diunjurkan pada RM16.48 bilion sahaja.
Malah, pelaksana projek yakin mereka mampu… Read More...
Auta Hero Dan Heroin Alam Sekitar Dalam Isu LYNAS
Hari ini kami tubuhkan kerajaan, esok LYNAS akan tutup...😮😮😮
Ingat lagi tak video klip dari heroin alam sekitar Fuziah, bertajuk 'M… Read More...
ADUN DAP Hilang Kerusi Pujut....
Dalam penghakiman hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Ting kerana beliau mempunyai d… Read More...
Takut Kepada DAP Nak Tubuh Pakatan Nasional?
Dua penganalisis politik mempunyai pandangan berbeza sama ada cakap-cakap mengenai pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Nasional aka… Read More...