DAP BUKAN LAGI MUSUH MELAYU AKIBAT PEMESONGAN NASIONALISME UMNO

DAP bukan lagi musuh Melayu kerana yg bukan sahaja bawa modal China,tapi kontraktor China dan pekerja China adalah UMNO.Orang Cina pun marah

Tweet saya yang ringkas diatas telah mendapat sambutan hangat. Ini  mungkin didorong oleh sentimen dan  semangat nasionalisme  yang tidak memperhitungkan  geo economic Power.

Atau mungkin juga  kerana misguided nationalism seperti pandangan  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  Datuk Mustapha Mohamed.

Dari pandangan rasional, penanaman modal dari China atau kerjasama ekonomi Malaysia dengan Republik Rakyat China secara besar-besaran  tidak seharusnya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Dari sejak awal kemerdekaan negara, rakyat terdidik untuk  bersikap terbuka terhadap pasaran bebas, setiap orang bebas untuk berniaga dan tiada sekatan kepada kemasukan  modal asing sebaliknya digalakan dengan pengawalan  di bawah peraturan tempatan demi untuk  kepentingan rakyat.

Malaysia dan Singapura telah jauh kehadapan dalam hal ini  berbanding dengan negara-negara lain di Asia yang berpegang kepada dasar ekonomi sosialisme atau komunisme yang  mencemburi penanaman modal asing. Malaysia melihat modal asing  sebagai lonjakan ekonomi negara tetapi negara lain meanggapnya sebagai penindasan dan pemerasan  terhadap rakyat untuk kepentingan kapitalis.

Tentunya kita tidak pernah terfikir negara Komunis China yang menjuarai  dasar ekonomi tertutup yang diperjuangkan oleh partinya di Malaysia(PKM)  dengan darah   akhirnya menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia  yang bukan sahaja menakutkan Malaysia tetapi mencabar bapa kapitalis dunia Amerika Syarikat sendiri.

Rakyat Malaysia telah menerima baik penjajahan ekonomi Barat sejak merdeka tetapi  maka kenaapa  takut pula kepada penjajahan ekonomi China?

Apakah sekiranya Tun Mahathir masih berkuasa sebagai Perdana Menteri  beliau akan menyekat penanaman  modal dari China  sedangkan beliau sendiri pernah meyakinkan rakyat  bahawa China tidak pernah berperang untuk menawan negara lain.

Ini berbanding dengan kuasa  Barat yang  berselindung disebalik kemanisan  globalisasinya untuk mengembangkan tidak sahaja penguasaan ekonominya tetapi juga penjajahan politik dan tentera terutama keatas negara-negara Islam.

Faktor utama Masyarakat Melayu Malaysia lebih mencemburui dan membimbangi  penjajahan ekonomi China ini oleh kerana Cina tempatan sendiri berada dihadapan dalam  kemajuan ekonomi negara ini  yang  dianggap  sebagai ancaman kepada bangsa.

Menghadapi cabaran ini berbagai  perancangan diadakan untuk menebus maruah ekonomi Melayu  termasuk  dasar  perlindungan seperti Hak Istimewa Orang Melayu yang aktif dan dinamik  di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak dengan Dasar Ekonomi Baru,FELDA dan  diikuti dengan ASB,pengambilan ladang British menerusi pasaran terbuka   dan sebagainya.

Umumnya orang Melayu tidak menyalahkan diri sendiri atas kemunduran mereka tetapi sebaliknya melihat kehadiran orang Cina sebagai penyebab kemunduran mereka sekalipun pada hakikatnya tanpa orang Cina, negara  dan juga orang Melayu tidak akan mendapat faedah ekonomi yang boleh  membantu kemajuan mereka sendiri.

Mahathir menyedari hakikat kejayaan orang Cina kerana sifat kerajinan dan keusahawanan mereka  tetapi beliau sendiri tidak berani untuk menyeru orang Melayu supaya mencontohi  Cina untuk kejayaan  sebaliknya melancarkan dasar Pandang ke Timur  iaitu pandang ke Jepun kerana tidak mahu menyinggong perasaan orang Melayu yang prejudis kepada orang Cina.

Najib tidak bagitu mengambil berat perasaan ini dan agresif  membawa banyak penanaman modal  dari China atau usaha sama dengan Negara China di kawasan sensitif yang dengan itu   mudah  menjadi suatu isu panas di kalangan Melayu  walaupun penanaman modal China  hanya 2% sahaja dibandingkan  dengan keseluruhan modal asing di  negara ini.

Dalam beberapa hal sikap pengasingan diri orang Cina tempatan dari aliran nasional atau aliran perdana dan  mahu mengekalkan identiti  Cina, juga  tidak memesrakan  orang Melayu dengan Cina tempatan.

Keadaan ini adalah  berbanding dengan China Singapura yang dipaksakan  oleh perdana menteri pertamanya Lee Kuan Yew  untuk bersatu menerusi  bahasa Inggeris  dengan kaum-kaum lain dengan menutup institusi-institusi pengembangan  kebudayaan China terutama  sekolah China dan Universiti China.

Sekarang nasionalisme Singapura membangkitkan masalah yang sama dengan sikap orang Melayu di Malaysia terhadap kedatangan perkerja dari negara China di bawah dasar Singapura membawa perkerja asing  untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja dan juga bagi mengatasi keruncingan  kadar kelahiran rendah di kalangan rakyat Cina Singapura.

Singaporean Chinese mempersoalkan kesetiaan Cina dari China yang walaupun sebangsa tetapi tidak  mempunyai nilai kebudayaan dan keperibadian  yang sama dengan mereka,tidak dapat berbahasa Inggeris,tidak berdiplin dan melakukan kerja-kerja yang tidak sanggup dilakukan oleh Cina tempatan seperti  berkerja di restoran Melayu atau India yang mereka anggap menjatuhkan maruah Cina Singapura.

Melayu Malaysia mempunyai asas kebimbangan yang lebih besar terhadap kedatangan Cina  dari China kerana mereka ditakuti mudah menyerap  dengan   Cina tempatan yang masih kuat dengan kefahaman dan penghayatan kebudayaan China yang terbentuk dari sikap pengasingan diri menerusi sosio budaya; bahasa,persekolahan,politik dan ekonomi.

Orang Melayu bimbang perkongsian Proton Holding Berhad dengan pembuat kereta China, China's Zhejiang Geely Holding Group akan membuka peluang pekerjaan kepada orang Cina dari China  di Proton yang selama ini eksklusif kepada orang Melayu. Perkongsian ini mungkin membuka permintaan pasaran lebih besar kepada Proton yang tidak mungkin dapat dipenuhi dengan tenaga Melayu sahaja kecuali dengan membawa masuk pekerja dari China.

Demikianlah juga dalam pembinaan keretapi laju ke Pantai Timur dari Ibu Negara yang akan dibiayai oleh China dengan kos sebesar RM 55 billion.

Apakah cukup dengan tenaga tempatan  sahaja sedangkan China boleh membekalkan sebanyak mana pun tenaga kerja yang diperlukan untuk menyiapkannya  dalam jangka masa yang ditentukan. Apakah semua pekerja ini akan pulang atau menyerap masuk ke dalam masyarakat Malaysia?

Kebanyakan pendatang dari  Cina adalah miskin walaupun China digembar gemburkan sudah maju dan kaya.Tidak benar anggapan PM Najib mereka adalah dari kalangan mewah yang tidak mahu menetap di negara ini.Ini pandangan yang terlalu elitis dan tidak berjejak dibumi nyata.

Lebih menggugat keyakinan rakyat kerana perkembangan ini berlaku dalam masa Malaysia  tidak mempunyai barisan kepimpinan negara yang berwibawa dan bermaruah  sebaliknya  disyaki terlibat dengan berbahai  penyalahgunaan kuasa.

Orang Melayu Melayu sekarang  melihat UMNO sebagai menambah ancaman dan cabaran kepada mereka dibandingkan DAP yang semakin matang dalam melihat nilai-nilai politik yang diperlukan untuk  kerjasama politik yang progresif ,dinamik ,bersih dan cekap yang tidak lagi berasaskan politik perkauman dan sentimen keugamaan yang sempit.

Semakin ramai Orang Melayu yang melihat,  memahami dan menghayati ancaman kepada nasionalisme Malaysia tidak lagi datang dari DAP yang mahu meMalaysian Malaysiakan negara ini tetapi melihat  UMNO yang  mahu menChinakan Malaysia menerusi penjajahan ekonominya.

Disamping itu orang bukan Melayu melihat perubahan dasar sekularisme dan liberalisme UMNO  sejak permuafakatan politik  dengan Pas untuk bersama menguasai negara ini. Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah atau Akta 355) menimbulkan prasangka buruk bukan Melayu terhadap matlamat UMNO yang telah dimaktubkan oleh kepimpinan awalnya Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Islam dan lain-lain lagi.

Peguam -Peguam Islam yang terkemuka di negara ini juga bimbang pindaan ini  akan membawa kepada pencerobohan  terhadap  prinsip-prinsip asal perlembagaan negara yang mahu membina suatu bangsa atas nasionalisme Malaysia yang menolak dan perbezaan hukuman  kaum di Malaysia termasuk orang Islam sendiri yang menyemai perasaan ketidakadilan  dari segi perlembagaan.Hukuman jenayah tidak seharusnya berbeza antara Melayu Islam dan bukan Islam.

UMNO telah sanggup untuk berkerjasama dengan PAS sebuah parti yang mempermainkan agama yang  pernah bersubhat dengan DAP  untuk menjatuhkan  kerajaan Melayu UMNO bagi memenuhi nafsu serakah extresmisma agamanya  dan sekarang menyusun stratiji  untuk menghancurkan UMNO dari dalam.

Anwar Ibrahim juga cuba melakukan ini tetapi kepimpinan UMNO yang bijak ,berintegriti, berpengaruh , kuat ,dihormati dan diyakini rakyat telah dapat mematahkannya tetapi PAS yang  belum pun berada dalam kerajaan telah berjaya mempergunakan UMNO untuk menggugat kesucian Perlembagaan Negara  menerusi Parlimen dengan mengambil kesempatan diatas kelemahan UMNO dan  pucuk pimpinannya.


PAS  bukanlah sebuah parti politik yang bodoh yang tidak menyedari hakikat bahawa Najib sedang bergantung di dahan rapoh.Penyokong-penyokong PAS di Terengganu yang membantah kerjasama dengan UMNO  telah pun diyakinkan  oleh Haji Hadi bahawa PAS boleh mencapai semua hasratnya untuk menegakan negara Islam denga hanya  bekerjasama  dengan UMNO dan sekaranglah peluang keemasannya .

Orang Melayu tidak menolak penanaman  modal dari China kerana kesesatan dari nasionalisme  atau misguided nasionalism  tetapi kerana kehilangan keyakinan mereka terhadap nasionalimse UMNO yang  terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara .

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :