DAPigs JANGAN BUAT PARTI MACAM "KONGSI GELAP"!!!

Pelikkan? Yang buat laporan ahli partinya sendiri. Yang buat silap dan mengakui wujud kesilapan tu pun dari parti diorang juga. Tapi kenapa pulak diorang nak salahkan orang lain?

Maka disebabkan itu, kepemimpinan DAPigs perlu patuh dan tidak bersikap angkuh dengan mematuhi arahan ROS supaya mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) mereka.

Bekas Pengerusi DAPigs Kedah berkata beliau sememangnya sudah mengetahui masalah yang berlaku malah turut membangkitkan isu terbabit berbulan-bulan bagi menyelamatkan DAP di Kedah.

Malah, kata Lee Guan Aik, keputusan ROS yang mengarahkan DAPigs supaya mengadakan pemilihan semula jawatankuasa CEC itu sebelum ini adalah mengikut undang - undang yang adil.
“Kepemimpinan DAP dan CEC jangan angkuh dan degil kerana ROS sudah nyatakan keputusan. Buatlah pemilihan semula dan kali ini lakukan dengan telus supaya hak ahli terbela.
“Tindakan ROS ini bukanlah disengajakan untuk menyusahkan DAP tetapi ia adalah hasil siasatan yang dilakukan secara adil maka hormatilah arahan terbabit.
“Bagi kepemimpinan DAP Kedah yang dilantik CEC pada 2013, berundurlah secara terhormat kerana keputusan yang dibuat ROS jelas menunjukkan lantikan terbabit tidak sah,” katanya yang dihubungi BH.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, hari ini bahawa ROS akan mengeluarkan arahan kepada DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu.

Empat tahun lalu, DAP Kedah berdepan kemelut dua `kapal’ berbeza selepas Guan Aik, diarah melepaskan jawatan berkenaan bagi memberi laluan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, yang dilantik CEC DAP ketika itu.

Tindakan CEC yang dianggap melangkaui pengesahan ROS, Guan Aik yang dilantik secara sah dalam mesyuarat agung DAP 2008 dengan mengikut perlembagaan kemudian menghantar dua surat kepada ROS, termasuk pada 3 Oktober 2013, supaya agensi berkenaan menyiasat perkara itu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :