Rejim DAPigs Pulau Pinang diberi tempoh seminggu untuk memulangkan semula dana awam yang disalahgunakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) untuk membeli pengiktirafan palsu Europe Business Assembly (EBA).
Presiden Gesakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sekiranya Rejim pimpinan Lim Guan Eng GAGAL, pihaknya akan membuat laporan polis dan SPRM.
“Dikhabarkan hampir RM40,000 telah digunakan untuk membeli sijil pengiktirafan tersebut.
“Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah membuat pengesahan mengenai status palsu sijil itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, MBPP mengakui membayar yuran penyertaan sebanyak RM39,088.10 bagi menerima anugerah dan pengiktirafan daripada EBA pada tahun 2013 dan 2014.
Datuk Bandar MBPP itu berkata semua pembayaran dilakukan bagi melayakkan kedua - dua pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut dicalonkan dalam anugerah terbabit.
Mengulas lanjut, Zulkarnain juga mencadangkan DAPigs membuat kutipan derma dalam kalangan ahli parti itu untuk membayar semula wang rakyat yang telah disalahgunakan itu.
“Memandangkan pemimpin DAP sering meminta derma daripada ahli-ahli ahli apabila pimpinannya mempunyai masalah.
“Ini termasuk membayar RM1 juta wang jaminan Ketua Menteri Pulau Pinang itu membabitkan kes rasuah pembelian banglo murah,” katanya.
Katanya lagi, Rejim DAPigs Pulau Pinang itu perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri itu khususnya pembayar cukai di kedua-dua PBT terbabit berhubung kes yang memalukan itu.