DAPigs hari ini memohon usul tergempar supaya kerajaan memberikan jawapan berkenaan tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membocorkan data peribadi Tun Mahathir.
Usul itu dipohon oleh Anggota Parlimen DAPigs Kulai, Teo Nie Ching dan jawapan dari speaker Pandikar Amin Mulia dijangka dalam tempoh 24 jam.
“Saya telah mengemukakan usul tergempar kepada speaker mengenai tindakan Zahid yang mendedahkan kad pengenalan Tun Mahathir secara terbuka kepada orang awam.
“Ya, dia (Zahid) menteri dalam negeri, tetapi dia tidak ada hak untuk mendedahkan maklumat data peribadi yang terdapat dalam kad pengenalan sama ada maklumat itu tepat atau tidak ia bukan isu.
Saya fikir sebagai menteri dia (perlu) menghormati terhadap tindakan melindungi data peribadi,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Susulan perkara itu, dua laporan polis dibuat keatas Zahid iaitu dari bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Biro Guaman DAP Kedah Zulhazmi Shariff.
Sementara itu Teo turut mendesak supaya Zahid membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dr Mahathir dan dalam masa yang sama jawatannya turut digantung bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Soalnya sekarang, anak kepada Tun Mahathir sendiri mendakwa pendedahan yang dibuat oleh TPM itu adalah tidak benar. Malah Tun Mahathir sendiri mendakwa TPM berbohong secara terbuka.
Jadi, sekiranya benar pendedahan yang dibuat oleh TPM itu adalah tidak benar, kenapa pulak DAPigs sibuk nak mohon usul kerana mendakwa TPM mendedahkan data peribadi Tun Mahathir?
Dan apa yang lebih penting, kenapa Tun Mahathir, atau anaknya sendiri memfailkan saman terhadap TPM atas tuduhan menabur fitnah serta cuba memburukkan nama bekas Perdana Menteri itu secara terbuka? Kalau setakat buat penafian je, apa faedahnya!!!