DARI PEGUAM NEGARA: SEBAB-SEBAB AKTA HASUTAN DIKEKALKAN


Perlembagaan Persekutuan mengandungi  9 peruntukan berhubung kebebasan  asas rakyat, iaitu kebebasan diri (Perkara 5), Keabdian dan Kerja Paksa dilarang (Perkara 6), Perlindungan daripada jenayah undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang (Perkara 7), Kesamarataan (Perkara 8), Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak (Perkara 9), Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan (Perkara 10), Kebebasan beragama (Perkara 11), Hak berkenaan dengan Pendidikan (Perkara 12),  dan Hak Terhadap Harta (Perkara 13).

Antara semua peruntukan ini, Perkara 10 (1) (a) yang berbunyi 'tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara' mungkin paling penting kerana bercakap dan bersuara adalah aktiviti harian yang tidak boleh dielakkan. Begitupun Perkara 10 (1) (a) ini dijadikan tertakluk kepada Perkara 10 (2) (a) yang berbunyi Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan ke atas hak ini apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan utuk melindungi mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan.

Perkara 10 (4) mula menyebut bahawa pada mengenakan sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam ini, Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau pregroratif yang ditetapkan atau dilindungi oleh bahagian peruntukan bahagian III (Kewarganegaraan), Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan), 153 (Kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit bagi orang Melayu, dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak) atau 181 (Kecualian bagi Kedaulatan, Raja-Raja) melainkan berhubungan dengan perlaksanaannya sebagaimana yang  dinyatakan dalam undang-undang itu.

Sehubungan itu, Akta Hasutan sering ditonjolkan sebagai contoh sekatan ke atas kebebasan bercakap dan bersuara. Seksyen 3 (1) (f) akta ini umpamanya memasukkan kecenderungan bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau pregroratif ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153, atau 181 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu daripada kecenderungan menghasut. 

Seksyen 4 (1) akta ini pula memperuntukan bahawa mana-mana orang yang - (a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan  menghasut; (b) membuat apa-apa perkataan menghasut; (c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau megeluarkan semula apa-apa peneritan menghasut, atau (d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tdak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan  selama tempoh  tidak melebihi  tiga tahu atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian,  boleh dipenjarakan selama tempoh  tidak melebihi lima tahun.

Selain itu, Perkara 63 (4) Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan bahawa Keistimewaan tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atau suatu kesalahan di bawah undang-undang  yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Perkara 10 (4) atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 (Akta 15)  sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970.

Perkara 153 sentiasa dipersoal
Perkara 153 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan juga berkemungkinan untuk sentiasa dipersoalakan. Contohnya, ketika timbul ura-ura Akta Hasutan akan dimansuhkan, Tun Dr Mahathir MOhamad  pernah menulis pada 30 Jun 2014 mengenai betapa, jika ia berlaku, Perkara 181 akan dipersoalkan.

Kata beliau, "pelampau dalam kalangan rakyat bebas mengkritik Raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi Raja dihapuskan" dan "kerana hasutan dibenar mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka".

Di dalam sebuah buku yang diterbtkan tahun lalu, Dr Mahathir juga menyebut mengenai tindakan mempersoalkan Perkara 153. Kata beliau, "orang bukan Melayu asyik menuntut hak persamaan, meminta supaya dimansuhkan hak istmewa orang Melayu, sedangkan mereka tinggal di negara ini, mendapat kewarganegaraan, juga merupakan satu keistmewaan, mereka boleh mengamalkan cara hidup mereka sendiri, bahasa sendiri, itu pun keistimewaan."

Tindakan Tepat
Semua ini meunjukkan bahawa tindakan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan, di samping beberapa sekatan lain ke atas kebebasan bercakap dan bersuara, adalah tindakan tepat. Sehubungan itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mendakwa sesiapa sahaja yang melanggar Akta Hasutan atau mana-mana akta laiin yang menyekat kebebasan bercakap dan bersuara ini. Jika seasatan mendapati kesalahan itu memang dilakukan.

Dalam pada kerajaan bertanggungjawab memelihara kebebasan bercakap dan bersuara, kerajaan juga mempunyai taggungjawab lebih besar bagi memastikan ia disembangi dengan keperluan menjaga keselamatan negara, hubugan baik dengan negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral selaras tuntutan maqasid syariah.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Peguam Negara
17 Julai 2017.



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :