Eh? Dulu Cabar.. Sekarang Kesal?


Tiga hari berlalu setelah PAS melancarkan Jentera Pilihanraya mereka dalam Parlimen Permatang Pauh pada Ahad lalu.. keluarlah satu kenyataan media dari Tian Chua mengatakan PKR kesal dengan tindakan PAS di Permatang Pauh..

"Program PAS ini merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan rejim Umno-BN.

"Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian daripada pihak pembangkang yang ingin mengalahkan Umno-BN pada PRU-14 kelak," kata Tian Chua.. kenyataan medianya di bawah

KENYATAAN MEDIA

KEADILAN Kesal Tindakan PAS di Permatang Pauh

KEADILAN kesal dengan tindakan PAS mengadakan program pelancaran jentera pilihanraya di Parlimen Permatang Pauh pada Ahad 16 Julai yang lalu.

Program PAS ini merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan rejim UMNO-BN.

Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan KEADILAN, dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan Reformasi sejak PRU 1999 lagi. Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi KEADILAN sebanyak 6 kali dalam pilihanraya umum dan kecil. Sudah tentu KEADILAN sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri.

Pendirian PAS yang berikrar ingin menawan Permatang Pauh akan dipandang seolah-olah parti-parti pembangkang bertengkaran sesama sendiri. Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menganggap ia masih sebahagian dari pihak pembangkang yang ingin mengalahkan UMNO-BN pada PRU-14 kelak.

Sekiranya PAS bersungguh-sungguh menentang korupsi dan kezaliman rejim UMNO-BN, kepimpinan PAS harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran parti KEADILAN.

Chua Tian Chang
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Batu

19 Julai 2017

Persoalannya kenapa pula nak dikesalkan dengan tindakan PAS itu sedangkan AMK sendiri yang telah mencabar PAS supaya bertanding di Kerusi PKR pada PRU14 akan datang?

Baca ni..

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mencabar PAS supaya bertanding di kerusi yang ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang. Perwakilan Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor berkata Pas kini melontarkan pelbagai tohmahan kepada PKR sedangkan parti itu sentiasa cuba menjaga hubungannya dengan Pas. "Kita selama ini cuba nak pertahankan hubungan suci ini tetapi apa yang kita dapat? Kerusi kita dia nak?, Jika mereka bertanding di kerusi kita lagi pastikan mereka hilang deposit," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad pada Kongres Nasional AMK, di sini, hari ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :