Biasanya, orang yang suka memancing ni akan menggunakan 'Cacing' sebagai umpan. Maka tak salah sekiranya perumpamaan itu juga ditujukan kepada Si Husam Musa yang tak sedar diri ni.
Walaupun dia bangga bila diumumkan sebagai calon Menteri Besar Kelantan, tapi Si Husam tu tak sedar yang dia hanya dijadikan umpan oleh DAPigs yang mahu mempergunakan dirinya.
Sama juga la macam nasib Si Nizar Lilin yang suatu ketika dahulu pernah dipergunakan oleh DAPigs untuk menjadi Boneka mereka di Perak. Setakat nama dia je jadi Menteri Besar.
Tapi yang buat keputusan semuanya puak - puak DAPigs tu juga. Namun, bagi orang macam Husam dan Nizar, diorang tak kisah jika dijadikan sebagai umpan kepada DAPigs sekali pun.
Yang penting, diorang ada kedudukan dan jawatan. Jadi, takde guna sangat kalau kita nak mengingatkan orang macam tu sebab jiwa diorang dah sebati menjadi Barua Abadi kepada DAPigs.
Walaubagaimana pun, rakyat perlu tahu bahawa agenda DAPigs menamakan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum ini hanya semata - mata untuk mengaburi mata mereka.
Rakyat juga perlu tau bahawa DAPigs bukannya benar - benar mahu memperjuangkan kebajikan mereka di Kelantan sekiranya Pakatan Haprak tu berjaya merampas Rejim PAS di Kelantan.
Sebaliknya, agenda utama puak - puak DAPigs ni adalah untuk memenuhi kehendak dan kemahuan mereka yang semata - mata mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi parti itu sendiri.
Pokok pangkalnya, tindakan DAPigs yang terlalu ghairah nak jadi 'Abang Besar' dalam Pakatan Haprak tu membuktikan bahawa parti itu terlalu terdesak mahu meraih sokongan simpati dari kalangan rakyat dengan menjadikan Husam sebagai bahan modal Politik Murahan mereka sendiri!!!