HUTANG YAYASAN SELANGOR MAK LAMPIR TERUS DIPERSOAL!!!

Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK) hari ini mendedahkan premis yang dikatakan gagal menjelaskan hutang kepada Yayasan Selangor sebenarnya dijadikan Ibu Pejabat PKR Selangor.

Presidennya, Datuk Zul Azhari Mohamed Juah berkata tidak hairanlah mengapa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sanggup menjadi orang tengah untuk berunding dengan Yayasan Selangor bagi melupuskan hutang sewa yang gagal dilangsaikan.

IMPAK sebelum ini mendedahkan Zuraida dan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sebagai orang tengah yang cuba membuat rundingan agar hutang sewa bernilai RM233,000 itu dilupuskan.

IMPAK juga terdahulu mendedahkan premis itu disewa atas nama syarikat Tremendous Porgress Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Latif Shaari, yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Ampang.
"Terbaru, hasil siasatan IMPAK telah menemukan satu fakta lebih mengejutkan. Premis tersebut disewa sebagai pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana ketika itu diketuai oleh (Datuk Seri) Azmin Ali.
"Jelas di sini, seorang kontraktor (Abdul Latif) menyewa sebuah premis kemudian diberikan kepada parti PKR Selangor untuk digunakan sebagai pejabat parti.
"Apakah kepentingan YB Zuraida dalam syarikat tersebut dan apakah bentuk habuan yang telah dijanjikan kepada beliau," katanya satu sidang media di Batu Caves hari ini.
Zuraida kemudiannya menafikan dakwaan itu dan berkata enggan melayan tuduhan yang hanya sekadar diperoleh melalui surat layang. Zul Azhari tangkas menjelaskan ia bukan surat layang namun dokumen yang diperolehinya itu adalah minit mesyuarat Yayasan Selangor.

Dalam sidang media yang sama, Zul Azhari  mempersoalkan mengapa Termendous Progress bersetuju untuk memberikan premis yang disewanya untuk dijadikan pejabat PKR Selangor?
"Mengapa syarikat tersebut menyewa bagi pihak PKR Selangor? Mengapa PKR Selangor secara terus menyewa premis tersebut daripada Yayasan Selangor? Apakah bentuk habuan yang diterima oleh syarikat yang sudi memberikan premis sewaan miliknya kepada pihak lain? Ada sesuatu yang misteri disitu.
"Pihak syarikat tidak pernah membayar satu sen pun kepada Yayasan Selangor, premis tersebut diduduki selama 2 tahun tanpa deposit dan bayaran sewaan bulanan, bagaimana sebuah syarikat dapat menduduki sebuah premis tanpa membayar deposit?," soalnya lagi.
Pokok pangkalnya, berlaku penyelewengan kuasa apabila Rejim Pakatan membenarkan pihak syarikat tersebut menyewa premis itu kepada parti Politik demi menjaga kepentingan peribadi mereka sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :