"KARTEL AZMIN" DAH MULA "MAIN GILA"!!!

Heh! Nampak gayanya kemelut Politik dalam PKR tu semakin hari semakin bertambah meruncing apabila geng 'Kartel Azmin' sekarang ni dan bertambah 'Ghairah' nak merampas kuasa.

Laporan terbaru yang diterima, geng 'Kartel Azmin' tu sekarang sedang rancak menyusun strategi nak menggulingkan Wan Azizah selaku Presiden PKR selepas Pilihan Raya Umum akan datang.

Ekoran pendedahan mengenai gerakan itu membuatkan pengikut - pengikut setia Kem Wan Azizah terpaksa meminta bantuan daripada Pengerusi SAMM untuk menyelamatkan keadaan.

Katanya, geng ‘kartel’ itu juga merupakan dalang sama semasa gerakan menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor bagi membolehkan Azmin menduduki takhta kuasa di negeri tersebut.

Si Chagubard tu mendakwa, dia didatangi seorang pemimpin yang rapat dengan Wan Azizah meminta bantuannya untuk menyelamatkan Presiden PKR itu daripada dipaksa melepaskan jawatan.

Malah Si Chagubard tu mendakwa, geng Kartel Azmin dikatakan mahu mengadakan pemilihan parti lebih awal bagi memberi laluan merampas jawatan yang disandang oleh Wan Azizah.
“Geng kartel katanya nak push (desak) supaya pemilihan parti dibuat sebelum PRU kerana masa terbaik paksa Wan Azizah jadi penasihat dan Azmin jadi Presiden,” ujarnya menerusi status dilaman Facebook.
Dakwa Si Chagubard tu lagi, dua pemimpin PKR yang menyokong langkah untuk mengadakan pemilihan tersebut adalah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Sekiranya langkah kumpulan ini berjaya, Si Chagubard tu berkata, Azmin akan memenangi pemilihan parti memandangkan kuasa dan pengaruh kuat yang dimilikinya dalam parti pada ketika ini.
“Saya berani jamin Azmin akan menang mudah jika lawan Wan Azizah sebagai Presiden sebab Azmin dengan duitnya akan kuasai Jawatankuasa Pemilihan seperti pemilihan lalu. Cara paling bermaruah Wan Azizah tak bertanding dan beri laluan pada Azmin,” katanya.
Pada 2014, Azmin pada awalnya didakwa mahu mencabar Dr Wan Azizah bagi jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti, bagaimanapun ia berjaya dihalang Si Ketua Penipu tu dan hanya bertanding bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :