Pelikkan? Takkan la pihak SPRM takde lansung usaha nak ambik tindakan terhadap semua laporan palsu yang telah dibuat oleh Si Rafizi Ramli ni mengenai isu rasuah palsu yang berlaku di Selangor?
Jika semalam, Si Azmin Ali tu bukan main kuat berkokok kata yang Rejim pentadbiran dia ada cara dan mekanisme tersendiri untuk mengatasi isu rasuah yang berleluasa di Negeri Selangor tu.
[BACA: ALASAN AZMIN PASAL RASUAH!!!]
Tapi hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu hanya sekadar alasan untuk menutup kepincangan dan salah guna kuasa yang sedang berlaku seperti mana yang didedahkan sebelum ini.
Bukan kali pertama Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin tu dikaitkan dengan isu rasuah. Tapi dah banyak kali isu itu dibangkitkan sendiri oleh pemimpin - pemimpin Pakatan.
Malah Si Rafizi tu pun pernah buat pendedahan kononnya wujud 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Rejim Pakatan pimpinan Azmin dan turut membuat laporan kepada pihak SPRM.
Namun, SPRM dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, hasil siasatan yang dijalankan, tidak wujud dakwaan berlakunya 'Rasuah Betina' dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor tu.
Dalam erti kata lainnya, SPRM mendakwa Si Rafizi tu berbohong dalam laporan yang telah dibuat. Bahkan bukti yang diserahkan kepada SPRM itu juga adalah bukti palsu semata - mata.
Maka, sudah pasti timbul tanya tanya dikalangan masyarakat, jika laporan yang dibuat itu palsu, takkan takde sebarang tindakan diambil terhadap Si Rafizi tu? Takkan dia dilepaskan begitu sahaja? Adakah Si Rafizi tu kebal dari sebarang tindakan pihak berkuasa???