Oleh Nasrudin Hassan
1. SABAN hari rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Pertambahan pendapatan yang sangat perlahan adalah tidak sepadan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terlalu ketara.
2. Kerajaan pula dilihat sudah selesa dengan pengiktirafan oleh Economist Intellegence Unit yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara dengan kos sara hidup terendah dalam kalangan negara-negara Asean. Sedangkan, kaji selidik itu hanya membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandar raya di seluruh dunia.
3. Dua (2) jawatankuasa:
(i) Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Kos Sara Hidup dan
(ii) Jawatankuasa Tertinggi Menangani Kos Sara Hidup
yang ditubuhkan oleh Kerajaan sebelum ini dalam tempoh 2014 hingga 2016 juga dilihat tidak mempunyai peranan yang jelas, perancangan yang strategik dan tindakan yang berkesan sehingga mengakibatkan isu kos sara hidup ini terus membelenggu rakyat di negara ini.
4. Kerajaan menerusi jawatankuasa yang ditubuhkan ini sepatutnya memberikan penumpuan bagi menangani punca-punca ini. Antaranya ialah dengan :
(a) Memansuhkan GST dan menggantikannya dengan cukai alternatif lain (seperti Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Keuntungan Saham yang dicadangakan oleh PAS) jika negara masih memerlukan cukai.
(b) Menilai tahap pematuhan syarikat dan perniagaan terhadap peraturan dan undang-undang sedia ada serta mengenakan tindakan kepada pihak yang melanggarinya.
(c) Menangguhkan semua pelaksanaan rasionalisasi subsidi ke atas barangan utama (seperti bahan api, sumber tenaga dan makanan) sehingga keadaan ekonomi domestik kembali stabil dan rancak.
(d) Menyelesaikan isu pengangguran dengan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian graduan negara ini dan mengurangkan pengambilan pekerja asing.
(e) Menyediakan pelan alternatif bagi menggantikan struktur ekonomi yang terlalu bergantung kepada sektor gas dan petroleum; dan juga cukai serta saman.
Sejahtera Bersama Islam
*Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat
Related Posts :
Najib dakwa pembangkang perdaya rakyat tentang GST… Read More...
Salah guna kuasa Apandi Ali dan Ketua Polis Negara harus disiasat – Kit Siang… Read More...
Selepas maafkan Mahathir, pengguna media sosial sokong Izzah jadi PM… Read More...
KDN rampas akhbar Amanah Posted on Thursday, May 11 @ 23:40:12 MYT by paktam Topik Dipaparkan: Berita KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) merampas kira-kira 50 naskhah akhbar mingguan Amanah di tiga kedai dekat Sungai Besar, Selangor pada Selasa.Sebelum ini, beberapa kedai di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, Rawang dan bandar Kuantan, Pahang turut diberi amaran jangan menjual akhbar itu. Alasannya, permit akhbar itu hanya untuk ahli saja, oleh itu ia tidak boleh dijual di gerai akhbar biasa, kata pegawai KDN kepada penjual akhbar. Pegawai pemasaran akhbar Amanah, Muhamad Luqman berkata pengedar berkenaan memaklumkan kepada pejabatnya berhubung tindakan KDN. "Mereka menerima surat rampasan daripada pegawai KDN," katanya kepada The Malaysian Insight. Penjual akhbar di Jalan Pahang berkata beliau didatangi seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai KDN dan memintanya tidak lagi menjual akhbar itu. "Sejak itu, akhbar Amanah hanya dijual jika ada pelanggan bertanya, tidak lagi diletakkan di atas meja seperti akhbar lain," kata Luqman. Di Bandar Tasik Puteri, Rawang pula penjual akhbar enggan menjual akhbar Amanah lagi kerana diugut. Di Kuantan, akhbar Amanah tidak lagi dijual secara terbuka selepas penjual akhbar diugut jangan berbuat demikian. Timbalan Ketua Amanah kawasan Sungai Besar, Kuantan Mohd Shukri Daud berkata oleh sebab penjual sering diugut dan diberikan amaran oleh pegawai KDN, pengedar akhbar di sana tidak mahu mengedarkan akhbar itu. "Kami masih berusaha untuk mencari mekanisme pengedaran cara lain," kata Shukri menerusi laporan kepada pejabat akhbar Amanah seperti yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insight. Akhbar Amanah mula diterbitkan Mac 2017 selepas mendapat permit daripada KDN. Sehingga kini ia diedarkan antara 20,000 hingga 60,000 naskhah bergantung kepada permintaan pembaca. Sebagaimana akhbar Harakah milik PAS dan Rocket milik DAP, permitnya untuk ahli saja. Selain dijual, akhbar Amanah juga diedarkan secara percuma melalui online (e-paper) namun ia diedarkan lebih lewat berbanding akhbar versi cetak.
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) merampas kira-kira 50 naskhah akhbar mingguan Amanah di tiga kedai dekat Sungai Besar, Selangor pada Selas… Read More...
Tabung Perumahan Bumiputera Johor bercanggah maklumat, perlu diaudit… Read More...