MAHFUZ DAH TAU YANG DIA TIDAK AKAN DICALONKAN!!!

Hakikatnya, Si Mahfuz Bean ni dah boleh nampak masa depan dia. Dia awal - awal dah tau yang nama dia tidak akan menjadi calon mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tapi dek kerana nak 'Cover' kemaluan sendiri, maka terpaksa la Si Mahfuz Bean tu memberikan alasan kononnya dia tak kisah jika tidak menjadi calon untuk bertanding dalam PRU kelak.

Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu kata, soal samada dia nak dicalonkan semula untuk bertanding di Parlimen Pokok Sena mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang tidak penting.

Ujarnya, sudah tidak penting lagi untuk menjadi calon Pas bagi menentang Barisan Nasional (BN) kerana padanya pembangkang harus bersatu hati dalam usaha menjatuhkan BN.
“Bagi saya bukan soal (dicalonkan atau tidak), tetapi yang penting ialah perubahan kerajaan,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka dan Ulangtahun MalaysiaGazette di Istana Budaya semalam.
Malah katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya nama dia ‘digugurkan’ daripada mewakili PAS pada PRU-14 kelak. Tapi dalam masa yang sama, dia secara terang-terangan mempelawa Pakatan untuk bertanding menghadapi PAS dan BN di kerusi Pokok Sena.
“Kalau ada pihak lain daripada PH yang bersedia untuk menamakan calon di situ, bagi saya ia dialu-alukan kerana yang penting kerajaan mesti berubah,” katanya.
Mahfuz kali pertama bergelar Ahli Parlimen Pokok Sena pada PRU 2008 setelah berjaya mencipta kejutan apabila mempertahankan kerusi tersebut pada PRU13 dengan 34,657 undi mengalahkan calon BN, Datuk Shahlan Ismail yang memperoleh 30,485 undi.

Namun sejak kebelakangan ini, Si Mahfuz Bean tu banyak kali dilihat mengkhianati PAS dan sering muncul diatas pentas Pakatan mempersoalkan partinya sendiri secara terang - terangan.

Bahkan Mahfuz Bean juga turut mendakwa kononnya PAS kini lebih cenderung menyokong Barisan Nasional ekoran keengganan parti itu bekerjasama dengan gabungan Pakatan yang turut dianggotai PAN, PKR dan DAPigs.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :