MAHFUZ "KECUT BUAH KERANDUT" BILA DIAJAK BERDEBAT!!!

Seperti mana yang kita jangka, Si Mahfuz Bean ni dah tentu akan cuba memberikan alasan dari menyahut cabaran debat seperti yang telah dikemukakan oleh Pengarah Penyelidikan PAS Pusat semalam.


Kata Mahfuz cabaran yang dibuat oleh Dr. Zuhdi itu untuk berdebat dengan tujuan menjernihkan 'kecelaruan' berkaitan hala tuju dan pendirian parti itu sebagai tidak masuk akal.
"Saya tidak perlu nak melayan cabaran debat yang dibuat oleh Zuhdi kerana dia cabar saya itu kononnya dia nak kata nak jernihkan kekeliruan saya. Hakikatnya, saya tidak celaru. Jadi, tidak perlu lah saya nak layan cabaran debat dia. Apatah lagi kalau saya layan akan merosakkan nama baik parti apabila tindakan yang dibuat oleh beliau seperti yang saya katakan tadi.
"Saya tidak celaru pun tentang soal perjalanan parti yang berkelam kabut sekarang ini di dalam tindakan-tindakan mereka," katanya kepada Antarapos hari ini.
Malah Mahfuz juga mendakwa kemungkinan cabaran debat itu mendapat persetujuan mahupun arahan daripada kepimpinan atasan parti termasuk Presiden atau Timbalan Presiden.  

Mahfuz juga mendakwa, apa yang 'bercelaru' sebenarnya adalah kepimpinan PAS itu sendiri dalam percaturan Politik mereka khususnya yang sedang berlaku di Negeri Selangor pada ketika ini.

Ianya ekoran tindakan PAS yang masih mengekalkan wakilnya di negeri itu meskipun sebelum ini parti itu sudah memutuskan hubungan Politik dengan PKR dan DAPigs secara rasmi.

Mahfuz juga membangkitkan persoalan bagaimana PAS masih boleh menjalinkan kerjasama dengan parti yang dianggap 'menentang agenda Islam' dalam konteks Rejim Pakatan Selangor.
"Jadi, bagi saya macam mana pula PAS. Bagaimana PAS boleh duduk dalam kerajaan Selangor, bersekongkol dengan pimpinan PKR dan DAP yang telah diputuskan secara syarie oleh Majlis Syura menentang agenda Islam PAS.
"Ini yang celarukan pemikiran pengundi-pengundi PAS. Bagi saya, saya tidak bercelaru, tidak keliru tetapi tindakan PAS itu telah memberikan gambaran yang sangat buruk kepada masyarakat dan ini merosakkan nama baik PAS sendiri. Jadi tidak perlu saya nak layan cabaran daripada Dr Zuhdi lah," tambahnya.
Terdahulu, Zuhdi yang juga merupakan anggota AJK PAS Pusat mencabar Mahfuz untuk berdebat bagi menjernihkan 'kecelaruan' yang dialami Mahfuz dan bagi menjawab segala dakwaan yang dibuat anggota parlimen terbabit.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :