Walaupun akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah Rayuan hari ini, namun ianya tetap dianggap sebagai satu tindakan 'Menghalalkan Fitnah' yang disebarkan oleh Si Nurul Izzah tu.
Mahkamah Rayuan hari ini menolak saman Pengerusi NFCorp terhadap Nurul Izzah atas alasan teknikal dimana dakwaan itu katanya ditujukan terhadap isterinya, Datuk Shahrizat Jalil.
Tambah mengecewakan ialah apabila Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah itu dilakukan atas kapasitinya selaku Ahli Parlimen.
Namun pengakuan Si Nurul Izzah sewaktu perbicaraan kes tersebut sebelum ini secara terang - terangan membuktikan bahawa dakwaan yang dilakukan tidak melalui maklumat yang sah.
"Saya tidak fikir saya mengesahkannya dengan plaintif (Salleh) kerana beliau tidak mesra dan ia akan jadi sangat sukar,” katanya.
Secara tidak lansung, pengakuan Si Nurul Izzah tu membuktikan bahawa dia hanya membuat dakwaan tanpa merujuk kepada bukti atau pun maklumat yang berdasarkan kepada 'Hearsay'.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah itu boleh dianggap sebagai satu bentuk Deformation yang berniat untuk memburukkan nama baik Pengerusi NFCorp serta isterinya yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Malaysia!!!