MP PKR DAKWA REJIM AZMIN "HURU HARA"!!!

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen meluahkan rasa terkejutnya bagaimana Rejim Pakatan Selangor membekukan perbelanjaan untuk Program Bulan Kebajikan di kawasannya.

Wong berkata, selepas dia mendedahkan pengauditan yang dijalankan ke atas pejabatnya, Rejim pimpinan Azmin telah menghantar sepucuk surat menyatakan mereka sedang meneliti perkara itu.
“Bagaimanapun, dalam satu perubahan mengejutkan, kami menerima sepucuk lagi surat daripada kerajaan Selangor pada 9 Jun menyatakan semua perbelanjaan komuniti kami dibekukan.
“Audit itu hanya selesai pada Februari 2017. Jadi, secara dasarnya kerajaan Selangor membekukan sebahagian perbelanjaan komuniti kami walaupun sebelum sebarang penemuan diperolehi," ujarnya.
Pada pertengahan Jun lalu, Wong dalam Facebooknya berkata, dia terpaksa menggantung program kebajikan dikawasan Parlimennya selepas menerima satu surat dari Rejim Pakatan Selangor.

Namun Wong tidak mendedahkan butiran lanjut, termasuk isi kandungan surat tersebut walaupun program kebajikan di bawah seliaannya memasuki tahun keempat menerusi dana Rejim Pakatan Selangor.

Walaubagaimana pun, pemimpin PKR itu memberitahu penggantungan program tersebut akan diteruskan sehingga tempoh masa tertentu.

Pejabat Wong sebelum ini juga pernah diaudit oleh pihak Perbendaharaan yang didakwa telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan masih keliru mengapa akaun pejabatnya dibekukan.

Dalam pada itu Wong enggan pimpinan partinya campur tangan dalam soal ini dengan menyifatkan ia sebagai “salah dari segi moral” dan juga satu bentuk “penyalahgunaan kuasa”.

Sebaliknya tegas Wong, pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini adalah Rejim Pakatan Selangor dibawah kepimpinan Azmin dan mendesak agar pihak tersebut menjawab serta mempertahankan tindakan yang telah mereka lakukan!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :