Slogan "Negeri Berkebajikan" yang sering dilaungkan oleh pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu ternyata hanya sekadar 'Wayang Politik' mereka semata - mata.
Kalau perkara tu didedahkan oleh kepimpinan UMNO atau Barisan Nasional, sudah pasti pentadbiran Rejim Azmin Ali tu takkan mengaku. Sebaliknya, mereka akan anggap ianya fitnah.
Tapi lain pulak kalau ada dikalangan pemimpin PKR sendiri yang mendakwa pentadbiran Rejim Pakatan negeri itu GAGAL memenuhi slogan yang selama ini menjadi bahan momokan mereka.
Dari sejak ianya didedahkan sebelum ini dimana seorang Ahli Parlimen PKR mendakwa peruntukan untuk kebajikan bagi kawasannya telah dipotong hanya disahut dengan sikap berdiam diri.
Atas kegagalan itu membuatkan Ahli Parlimen PKR itu membuat ugutan secara terbuka mahu mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali.
Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), tindakan itu diambil selepas mendakwa Rejim Pakatan Selangor GAGAL memberi jawapan bertulis berhubung pengauditan ke atas program kebajikannya sebelum 23 Jun lalu.
“Saya akan mengarahkan kakitangan saya mengimbas semua dokumen dan surat-menyurat rasmi pada Isnin, dan juga membuat 1 garis masa. Selepas itu, saya akan menyiarkan satu laporan di Facebook saya menjelang pertengahan minggu.
"Tidak ada perkara untuk saya sembunyikan dan saya percaya ketelusan sepenuhnya berhubung program itu adalah tindakan terakhir boleh dilakukan.
“Apabila mereka melihat dokumen dan garis masa itu, saya yakin pengundi akan faham mengapa saya tidak puas hati dengan keadaan itu,” demikian memetik laporan dari portal berkenaan.
Pada pertengahan Jun lalu, Ahli Parlimen PKR itu berkata, 'penggantungan program kebajikan' di kawasan parlimennya terpaksa dilakukan selepas menerima satu surat yang dihantar menerusi faks.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen PKR itu tidak mendedahkan butiran lanjut berkenaan penggantungan program kebajikan yang dimaksudkan, termasuk isi kandungan surat tersebut.
Program kebajikan di bawah seliaan Ahli Parlimen PKR itu kini memasuki tahun keempat dan ia dijalankan menerusi dana kerajaan negeri. Pemimpin PKR itu juga memberitahu penggantungan program tersebut akan diteruskan sehingga tempoh masa tertentu.
Wakil Rejim Pakatan Selangor sebelum ini hanya sekadar melepas tangan dan menafikan bahawa portfolionya terlibat dalam penggantungan program kebajikan dikawasan Ahli Parlimen PKR tersebut.
Manakala Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Abdul Syukur Idrus juga percaya wujud kepincangan terhadap dana yang disalurkan itu, memandangkan mana-mana ahli parlimen tidak berhak menerima wang dari pihak pentadbiran Rejim Pakatan Selangor seperti yang dijanjikan.