SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin terdesak untuk mencemar nama baik Pakatan Harapan.
Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kecaman Najib terhadap pimpinan Pakatan Harapan menjadi bukti terdesaknya beliau.

"Kenyataan Najib hari ini menunjukkan betapa beliau takut sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14 seterusnya akan membawa 'pesalah laku' ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Najib di dalam ucapannya semasa program Invest KL 2017 mengecam pimpinan Pakatan Harapan dengan mendakwa pembangkang kini berada dalam keadaan huru-hara dan tidak mencapai kata sepakat.
Sementara itu, Wan Azizah mencadangkan agar Najib berhenti memperlekehkan kekuatan dan iltizam parti tersebut.
"Sebaiknya, beliau mengumumkan untuk bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14 nanti.
"Saya juga menggesa agar Najib memberanikan diri untuk berdebat dengan mentor lama beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyangkal segala dakwaan yang telah dilempar terhadapnya dan pentadbiran beliau," katanya lagi.
Related Posts :
Tolak bajet: HARAPAN main-main saja, sembang PAS
PAS mengesahkan sudah menetapkan pendirian awal untuk berkecuali dalam pengundian penerimaan bajet 2018.
Bagaimanapun, undian belah baha… Read More...
Husam boikot sidang DUN tanda solidariti bersama NorzulaANTARAPOS
SHAH ALAM: ADUN Salor, Datuk Husam Musa tampil menyatakan solidariti bersama Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk… Read More...
Puncak Niaga mahu bayaran lebih tinggi, dakwa KhalidANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Puncak Niaga Holdings Bhd mahu bayaran… Read More...
KPK, Karbon Kredit, Hutan Pahi rugikan rakyat, kata Husam
Kerajaan negeri Kelantan dipersoal tentang kaedah pengurusan melibatkan kekayaan hutan yang merugikan.
Adun Salor, Datuk Husam Musa memb… Read More...
Andai kata PPBM tidak dapat bertanding… Read More...