Seperti mana yang telah dibongkarkan sebelum ini, sudah pasti Si Nurul Izzah tu mempunyai agenda yang cukup besar sehingga dia sanggup terbang ke London bertemu dengan Tun Mahathir.
Ternyata, alasan yang cuba diberikan oleh Si Azmin yang mendakwa kononnya Nurul Izzah pergi berjumpa dengan Tun hanya untuk berhari raya sememangnya satu alasan yang tak masuk akal.
Blog CucuTokSelampit melaporkan, sekembalinya mantan Perdana Menteri 22 tahun itu dari London, macai ProTun mengharapkan dia akan membawa idea bernas untuk menjatuhkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
Jangan katakan macai ProTun, kami penyokong-penyokong Kerajaan sekalipun menjadi 'blank' kalau setakat ini sahaja strategi daripada Pengerusi Parti Chap Bunga selapas berhari raya di London.
Adakah keputusan ini hasil daripada lawatan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah awal minggu ini ke London bertemu Tun Dr Mahathir?
Kalau setakat hendak menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tidak perlulah Tun Dr Mahathir bersusah payah menghadapi gelombang reformasi Rakyat pada tahun 1998 dengan memenjarakan Anwar Ibrahim.
Bukankah lebih senang beliau terus menaikkan Mantan Timbalan beliau itu terus sebagai Perdana Menteri selepas beliau?
Tun Dr Mahathir yang sebelum ini memecat Anwar Ibrahim dan menuduh bekas Timbalan beliau itu sebagai tidak bermoral, korup dan menyalah-guna kuasa akhirnya bersedia menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.