OTAI PKR MASIH ANGGAP TUN M "BERDOSA BESAR"!!!

Mungkin mereka serik kena kencing dengan Si Ketua Penipu tu. ATAU, diorang sehingga ke hari ini masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang melakukan Dosa Besar.

Mana tidaknya. Hati siapa yang tak sakit bila kena kencing hidup - hidup? Puas diorang berguling atas jalan raya menentang Tun Mahathir selama hari ini, tiba - tiba dia nak dijadikan wira?

Tak masuk akal!!! Maka tak hairan la sekiranya geng Otai PKR tu buat ketetapan untuk menolak kepimpinan Tun Mahathir kerana khuatir mereka juga tergolong dalam golongan MUNAFIK.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, geng Otai PKR ni mendesak agar semua pemimpin Pakatan yang menyandang jawatan dalam gerakan itu berundur dan meletakkan jawatan.  

Desakan itu membuatkan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungip meletakkan jawatan ekoran pendirian partinya bersama PKR, DAPigs dan PPBM bersetuju melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan. 

Menurut laporan yang disiarkan melalui kenyataan media geng Otai PKR ni menyatakan, selain Saari, pemimpin yang turut melepaskan jawatan adalah Setiausahanya, Abdul Razak Ismail. 

Abdul Razak bagaimanapun mengambil keputusan itu kerana mahu menjadi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menentang Pakatan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Abdul Razak berkata, dia akan menentang Pakatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan mereka menerima Tun Mahathir dalam gabungan parti pembangkang itu sebelum ini.

Dalam kenyataan media yang disiarkan semalam, geng Otai PKR ni juga turut menyatakan pendirian mereka secara terbuka. Diantara lainnya adalah seperti berikut: 
1- Menolak kepimpinan Tun Mahathir di peringkat parti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau di peringkat kerajaan sebagai perdana menteri atau menteri kanan atau penasihat sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.
2- Menuntut Pakatan Harapan untuk memasukkan dalam manifesto PRU14 bahawa ia akan menubuhkan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Tun Mahathir.
Pokok pangkalnya, masih ada dikalangan ahli PKR serta juak - juak penyokong parti itu yang tidak sudi menjadikan Tun Mahathir sebagai Ketua memandangkan mereka juga yang menggelarkan bekas Perdana Menteri itu dengan gelaran 'Maha-Zalim' dan 'Maha-Firaun'!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :