PAKAR STRATEGI PKR KANTOI LAGI!!!

Semalam, Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Sim Tze Tzin telah memuat naik beberapa gambar lawatan beliau ke Tapak Lebuhraya Bayan Lepas ke Teluk Kumbar.

Cara dia memuat-naikkan status di dalam laman media sosial Facebook milik peribadinya itu menujukkan seolah-olah dia sedang melawat tapak projek yang diusahakan oleh Rejim DAPigs Pulau Pinang.

Projek bernilai RM208 juta ini bukan menggunakan duit poket Si Lim Guan Eng, Lim Kit Siang mahupun Sim Tze Tzin tu sendiri. Sebaliknya, ini adalah projek dari Kerajaan Persekutuan.

Jadi tidak perlulah bermuka-muka seolah-olah Rejim pimpinan DAPigs tu prihatin dan membuat projek untuk rakyat. Rejim DAPigs tidak melakukan sebarang kebaikan pun untuk rakyat Pulau Pinang.

Malah projek Kerajaan Persekutuan untuk rakyat berjumlah RM208 juta lebih rendah daripada kos 'feasibility study' untuk projek terowong bawah laut sebanyak RM300 juta yang masih belum siap sehingga sekarang!

Setelah menyedari pembohongan dan sikap bermuka-muka beliau mendapat komen-komen yang mengecam di dalam postingnya, pemimpin PKR itu telah memadamkan posting berkenaan.

Inilah kerja Wakil Rakyat Pembangkang yang sebenarnya. Kerja diorang tak reti buat. Tapi kerja orang lain pulak yang mahu diambil nama. Serupa macam Lembu punya susu, sapi pulak yang tehegeh-hegeh mahukan nama!!! Dasar tak sedar diri sungguh!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :