Mungkin mereka mampu memberikan seribu alasan bagi menjustifikasikan tindakan melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi. Namun ia tidak berjaya mempengaruhi kehendak pengikut Pakatan.
Walaupun ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu berbangga kerana mereka berjaya memujuk Tun Mahathir untuk menyertai mereka, namun tindakan itu masih belum mencukupi.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas sewaktu satu forum anjuran Kelab Bangsar Utama baru - baru ini di mana dua pihak tampil berbalah mengenai kewajaran menerima Tun sebagai pemimpin Pakatan.
Keadaan berbelah lagi itu juga jelas dapat dilihat daripada reaksi di kalangan 150 orang peserta yang hadir, mempersoalkan mengenai peranan Tun Mahathir dalam gabungan Pakatan itu.
Daripada 10 soalan hadirin kepada ahli panel semasa sesi soal jawab, lapan daripadanya secara terbuka mengkritik jawatan Pengerusi yang diberikan kepada Tun Mahathir sebelum ini.
Antara pengkritik yang paling lantang ialah pemimpin PSM, S Arutchelvam, yang membidas hujah Hishamuddin Rais yang turut menyokong kehadiran Tun Mahathir dalam Pakatan Haprak tu.
Malah Hishammuddin juga turut menjadi sasaran seorang lagi ahli PSM, Muhamad Harris Nasril yang mempersoalkan perubahan sikap serta pendiriannya terhadap Tun Mahathir ketika ini.
"Anda (Hishamuddin) adalah orang yang mengajar kita bahawa Mahathir tidak boleh dipercayai, jadi mengapa kamu berkata sebaliknya sekarang?" kata Muhamad Harris.
Pokok pangkalnya, puak Pakatan Haprak tu mahu melihat Tun Mahathir dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan atas kesalahan yang telah didakwa oleh penyokong Pakatan ke atas dirinya.
Dalam erti kata mudahnya, selagi Tun tidak dikenakan hukuman, maka selagi itulah penyokong Pakatan Haprak tu takkan puas hati. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri!!!