PAP desak ROS batalkan pendaftaran DAP


Parti Alternatif Rakyat (PAP) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran parti DAP, bukannya meminta parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).
Parti Alternatif RakyatNaib Presiden PAP, Rahmad Isahak berkata keputusan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC disifatkan sebagai tidak setimpal dengan krisis yang ditimbulkan parti itu sehingga mengelirukan rakyat.
"Kita menunggu siasatan selesai hampir empat tahun dan keputusan ini tidak adil... Mereka (DAP) seharusnya dihukum dengan membatalkan penubuhan parti itu," katanya pada sidang media di Georgetown, hari ini.
Beliau mengulas arahan ROS supaya DAP mengadakan pemilihan semula CEC yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah dilaporkan berkata ROS mendapati pelantikan 20 anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula pada 29 Sept 2013, adalah tidak sah dari segi undang-undang.
Sementara itu Rahmad berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap dakwaan melakukan pelbagai kesalahan dan pelanggaran undang-undang pertubuhan dalam tempoh empat tahun lepas.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Cari Bangsat Ni..! Jika betul ada penyelewengan..! Cari siapa juga yang terlibat..! Dari pihak Menteri, KSU, TKSUB, SUB dan macai macai hinggalah pihak syar… Read More...
  • U - Turn..! Kalau 6 ekor ni nak balik kepada UMNO, terima ajer la..! Kerana yang penting ialah jumlah kerusi yang dimiliki oleh parti..! ahli UMNO pul… Read More...
  • Penutupan Pejabat MARA, Agenda Siapa Sebenarnya? Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengakui atau menafikan segera terhadap isu yang tular mendakwa sebanyak 10 pejabat Majlis Amanah Ray… Read More...
  • Reti Minta Maaf..! Dah hancur jahanam..! CEO Goldman Sachs mohon maaf kepada Malaysia BENGALURU: Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Inc, David Solomon, … Read More...
  • Apa Sebenarnya..! Nampaknya dari semalam ada pengikut Wak dan yang sekutu dengannya terpekik terlolong seakan tersampuk polong apabila melihat gambar di ata… Read More...