PAS CABAR MAHFUZ BEAN BERDEBAT!!!

Mungkin PAS sudah bosan dengan kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu membuatkan mereka mencabar Ahli Parlimen Pokok Sena itu untuk berdebat secara terbuka.

Menyedari hakikat terhadap Pengkhianatan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean menyebabkan Pusat Penyelidikan PAS mahu dakwaan yang dibuat selama hari ini diperbetulkan.

Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, cabaran debat itu adalah untuk memberi ruang kepada Mahfuz berhujah bahawa pucuk pimpinan PAS tersasar seperti yang dinyatakan kebelakangan ini.
“Beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berselindung di bawah nada ‘masih sayang kepada PAS’ sedangkan tindakannya jelas untuk menyerang PAS.
“Dengan serangan-serangan tersebut, beliau sebagai MP PAS diyakini tidak lagi akan membawa mesej parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Mahfuz tidak lagi menghadiri sebarang program penerangan dan penjelasan mengenai hala tuju dan pendirian parti, sebaliknya berterusan mengeluarkan kenyataan mengelirukan.

Dr Mohd Zuhdi berkata, debat yang bakal dianjurkan itu hanya terbuka kepada pempinan dan ahli PAS sahaja ekoran isu hala tuju dan pendirian parti banyak berkaitan hal ehwal dalaman PAS.
“PPP sendiri bersedia menjadi penganjurnya. Selain daripada PPP, saya juga mengalu-alukan sekiranya agensi parti yang lain khususnya yang berada di bawah Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah menganjurkan debat tersebut, sekiranya Dato Mahfuz lebih selesa dengannya.
“Debat tersebut diharapkan dapat menjernihkan kecelaruan Datuk Mahfuz, jika benar beliau bertindak sebelum ini kerana sayangkan parti.
“PPP bersedia menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam debat tersebut, dan Datuk Mahfuz sewajarnya tidak lagi celupar jika kesemua dakwaan beliau sudah terjawab,” katanya.
Namun yang tetap menjadi persoalannya, kenapa PAS tidak mengambil tindakan terhadap Si Mahfuz Bean tu sendiri? Kenapa PAS masih nak simpan seorang Pengkhianat didalam parti?

Sepatutnya PAS dah lama ambik tindakan dan menyingkirkan Si Mahfuz Bean tu diatas Pengkhianatan yang telah dilakukan. Kalau PAS nak tunggu Si Mahfuz Bean tu keluar parti, sampai kiamat la dia takkan buat. Orang macam Si Mahfuz Bean ni mana ada kemaluan!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :