"Mengapa hanya baru sekarang Tun Dr Mahathir Mohamad sedar akan nasib yang menimpa bekas musuhnya?" Demikian soal PAS kepada Pengerusi PPBM.
Ahli Jawatankuasa Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz kemudiannya menyifatkan sokongan itu sebagai salah satu gerak atur untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Tun Mahathir sendiri.
Beliau merujuk kepada sokongan Tun Mahathir beberapa hari lalu yang meminta supaya Si Ketua Penipu tu dibebaskan dari penjara, sekaligus dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Nik Abduh dalam pada itu tetap menegaskan bahawa PAS memang sejak dari dahulu tetap konsisten dengan pendirian supaya Si Ketua Penipu itu itu perlu diadili dengan adil dan saksama.
"Ia adalah kenyataan politik, walaupun ia benar. Pada asasnya kita sudah lama, mahu beliau dihakimi dengan adil. Sebarang usaha untuk membebaskannya kita alu-alukan.
"Cuma kenyataan Dr Mahathir terdesak. Sepatutnya perkara itu keluar sudah lama dari mulutnya kerana beliau sudah lama jadi pembangkang. Lainlah jika beliau masih di pihak Umno," tegasnya ketika ditemui Antarapos, ketika menghadiri Majlis Ruma Terbuka Aidilfitri PAS Pusat bertempat di Kompleks Al-Makmur, Kuala Krau, semalam.
Kenyataan Tun Mahathir baru - baru ini menyatakan bahawa Si Ketua Penipu itu perlu dibebaskan dari penjara dan diberikan kebenaran bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Bercakap dalam temubual bersama media United Kingdom, The Guardian, Dr Mahathir menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai 'mangsa dendam politik' dan 'diperlakukan secara tidak adil'.
Malah bekas perdana menteri itu mendakwa keputusan mahkamah tersebut jelas dipengaruhi Kerajaan memerintah dan menggesa agar Kerajaan selepas pilihan raya meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkan Si Ketua Penipu itu!!!