Kalau dibaca dari satu sudut kenyataan yang dibuat oleh Si Nik Abduh ni, nampak macam dia seolah - olah cuba nak menyindir Si Ahli Parlimen PKR Pondan sorang tu secara tak lansung.
Sebab umum mengetahui bahawa 'Pakar Strategi PKR' tu memang seorang yang suka menabur fitnah dengan tuduhan yang direka-cipta dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat.
Senarai tuduhan fitnah Si Rafizi ni terhadap pemimpin Barisan Nasional memang terlalu banyak sehingga ada yang mengalami kerugian hanya kerana mempercayai dakwaan yang dilakukannya.
Dan tuduhan fitnah Si Rafizi ini tidak hanya dibuat terhadap pemimpin Barisan Nasional sahaja. Malah pemimpin dikalangan parti dia sendiri pun pernah menjadi Mangsa Fitnah Rafizi.
Diantara yang menjadi korban fitnah Si Rafizi ni ialah Khalid Ibrahim sehingga tercetusnya agenda Langkah Kajang dan menyebabkan bekas Menteri Besar Selangor tu kehilangan jawatan.
Selepas Khalid Ibrahim dipecar dari PKR, Si Rafizi tu tabur pulak fitnah terhadap Azmin Ali yang pada ketika ini masih lagi menjadi Menteri Besar Selangor dengan tuduhan salah-guna kuasa.
Si Rafizi tu dalam satu tuduhan sebelum ini membuat dakwaan kononnya pentadbiran Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Si Azmin Ali tu terlibat dengan kes 'Rasuah Betina'.
Namun ternyata dakwaan Si Rafizi tu hanya sekadar satu tuduhan fitnah kosong semata - mata apabila pihak SPRM menjelaskan bahawa kewujudan salah-guna kuasa itu tidak berlaku.
Maka sudah pasti kenyataan yang dibuat oleh Si Nik Abduh ini boleh ditujukan kepada Si Rafizi tu memandangkan dia memang suka menabur fitnah untuk membohongi rakyat. Elok sangat kalau Si Nik Abduh ni jumpa Rafizi dan suruh dia segera 'Bertaubat'!!!