Seorang Inspektor polis ditahan pada Rabu lalu kerana disyaki terlibat dalam kes menerima suapan bagi membebaskan seorang tahanan terbabit dalam kes culik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata anggota berusia 32 tahun, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, kini direman selama tujuh hari yang akan berakhir pada Rabu depan.
"Pegawai berkenaan ditahan pada pagi Rabu lalu di tempat kerja beliau oleh sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Jumlah suapan masih lagi dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, hari ini.
Difahamkan tahanan berkenaan terlibat dalam satu kes penculikan membabitkan seorang pengurus syarikat pengangkutan di Rawang, dekat sini pada 25 Jan lalu.
Tahanan bersama empat yang lain kemudian berjaya ditahan oleh polis dalam beberapa serbuan di Rawang dan Lembah Klang pada keesokan harinya dan polis turut berjaya menemui wang tebusan yang dibayar oleh keluarga mangsa.
Related Posts :
4 GAMBAR - KELUARGA BESAR SYAMSUL YUSOF BERAYA SEDONDON
Meskipun beberapa hari lalu anak Syamsul Yusof, yang bernama Syaikhul Islam, 2 bulan, menghidapi demam campak, namun berkat nasihat pemin… Read More...
Pas sepatutnya saman Husam Musa, dapat duit baru saman Sarawak Report...
Tuan Ibrahim Tuan Man melancarkan tabung kos saman SR
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man PAS pada 1 Mei 2… Read More...
Najib perlu hentikan berita palsu yang disebarkan pihaknya, kata Kit Siang… Read More...
AKHIRNYA SABAH, SARAWAK TOLAK CUKAI PELANCONGAN, DIMANA SUARA "MENTERI JANTAN"?Pada 15 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan isu cukai pelancongan yang mencetuskan perbalahan antara Menteri … Read More...
RAYA TAHUN INI - CHEF WAN LUAH PERASAAN LAGI DI IG
Masihkah anda ingat lagi tahun lepas (2016) yang menyaksikan Chef Wan mengamuk dan menyuarakan isi hatinya terhadap segelintir perangai a… Read More...