SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia dilaporkan bakal mengenakan halangan kepada peniaga yang gagal membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memetik Ketua Pengarah Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy sebagai berkata, lebih dari 7,100 peniaga telah disenarai hitam kerana gagal membayar cukai berkenaan.
"Jika peniaga sudah melunaskan GST, Jabatan Kastam akan segera meminta Jabatan Imigresen mengeluarkan namanya daripada senarai hitam," kata Subromaniam.