Pelik betul dengan penyokong parti Bunga ni. Kenapa pulak diorang sibuk nak buat laporan Polis hanya semata-mata kerana TPM mendedahkannya secara umum? Atas sebab apa diorang buat laporan tersebut?
Kalau betul nama itu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, kenapa pulak diorang perlu buat laporan Polis? Adakah diorang malu dengan nama sebenar pemimpin pujaan mereka itu?
Sekiranya mereka ada bukti yang mengatakan dakwaan TPM itu salah, sepatutnya diorang failkan saman terhadap TPM dan JPN. Tapi diorang buat laporan Polis kerana TPM tayang gambar kad pengenalan Tun Mahathir secara terbuka. Adakah itu satu tindakan jenayah?
Hakikatnya, menjadi manusia ni kita kena pegang pada nama asal kita sebab nama tu diberikan oleh ibu bapa kita, ilham dari Allah S.W.T. Bahkan nama itu merupakan asal usul kita sendiri. Jadi, kenapa kita nak rasa malu?
Jika benar nama sebenar Tun Mahathir ialah Mahathir @ Iskandar Kutty, bermakna laporan Polis yang dibuat oleh penyokong Tun itu satu penghinaan bukan sahaja kepada ayah kepada Tun Mahathir, malah kepada ilham yang diberikan Allah S.W.T. juga. Wallahualam.
Tapi yang lagi pelik, kenapa isu nama itu dibangkitkan? Apa signifikannya ia dijadikan sebagai satu persoalan? Dah takde modal lain ke yang boleh dijadikan sebagai bahan Politik?
Adakah dengan membangkitkan soal nama asal Tun Mahathir itu akan menambah sokongan rakyat serta pengundi atas pagar kepada Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang?
Pokok pangkalnya, sudah - sudah la pemimpin kita ni sibuk nak siram pokok tua. Biarkan saja pokok tua tu tumbang sendiri. Kalau dah hari - hari disiram, dah tumbuh pulak tunas baru. Bila pokok tu kembali segar esok, susah pulak dia nak tumbang!!!