PKR TERJEJAS TERUK JIKA PAKATAN HARAPAN DITUBUHKAN!!!

Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor akhirnya mengakui PKR akan terjejas teruk jika dibentuk Sekretariat Pakatan Harapan di Selangor.

Menubuhkan Sekretariat Pakatan Harapan bermakna mengiktiraf kewujudan pakatan antara PKR, DAP, PAN dan PPBM yang tidak bekerjasama dengan PAS serta boleh mengakibatkan pertandingan tiga penjuru pada PRU 14.

Dalam satu pertemuan tertutup Azmin bersama kira-kira 20 ADUN Selangor pada petang Khamis, Menteri Besar Selangor itu telah menjelaskan mengapa beliau masih mahu mengekalkan Pakatan Rakyat (PR) walaupun ia sudah hampir tidak berfungsi, dedah sumber dalaman mesyuarat itu kepada The Malaysian Insight.

Sumber dalaman itu memberitahu Azmin mahu mengekalkan saluran komunikasi terbuka dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru di negeri itu pada PRU akan datang.
“Beliau berkata DAP paling kurang terjejas kerana hampir semua kerusi mereka di kawasan bandar.
“Tetapi PKR mungkin paling banyak terima kekalahan jika pertandingan tiga penjuru berlaku di Selangor. Kebanyakan kerusi PKR di kawasan separa bandar atau luar bandar,” kata sumber itu.
Ketika ditanya rancangan Azmin untuk menangani masalah PAS di Selangor, sumber itu berkata: “Beliau hanya mahu membiarkan saluran terbuka supaya ada ruang perbincangan.”
“Dan sehingga kompromi dicapai dengan PAS mengenai perkara ini, kita semua perlu memenangi hati akar umbi PAS.”
Sumber itu berkata Azmin juga tidak memberitahu bagaimana beliau merancang untuk menangani kebimbangan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kecuali berkata akan cuba dan membantu mereka mendapatkan lebih banyak kerusi untuk bertanding.

Amanah Selangor mendesak Azmin berhenti memikat PAS untuk membentuk pakatan pilihan raya di Selangor sebelum beliau mengejutkan ramai pada Rabu dengan berkata PR masih wujud di negeri itu walaupun PAS menarik diri daripada PR dan penubuhan PH peringkat negeri sedang dibuat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :