Rugi RM 9 Juta : 4 Anak Syarikat Ladang Rakyat Negeri Kelantan Tutup Kedai


 Husam Musa mendedahkan kesemua LIMA anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (LR) mengalami kerugian.

 Kerugian terkumpul mencecah hingga RM9 Juta, hasilnya, EMPAT telah ditutup, kata Husam.

Anak syarikat itu adalah seperti berikut:

A. Masih Beroperasi:

i. Ladang Rakyat Project Management Sdn Bhd
a. Kerugian untuk tahun 2016 :  RM 8.412 juta
b. Jumlah kerugian sejak ditubuhkan : RM 8.5 juta

B. Telah Ditutup:

i. Ladang Rakyat Aquafarm Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2017
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2017 : RM 166,339 

ii. Ladang Rakyat Tropical Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016 : RM 98,500

iii. Ladang Rakyat Agro Products Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016 : RM 101,515

iv. Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016: RM 101,500

Kerugian terkumpul bagi kelima-lima anak syarikat Ladang Rakyat adalah RM  8,970,249 atau mencecah RM 9 Juta.

Angka-angka ini adalah dari jawapan soalan bertulis saya dalam persidangan DUN yang lepas.

Sebab kerugian tidak dinyatakan. 

Kerugian sebenar bagi kempat-empat anak syarikat yang telah ditutup adalah lebih besar, kecuali pada tahun 2015 keempat-empat syarikat ini tiba-tiba mencatitkan keuntungan. Ini mungkin pendapatan dari penjualan aset modal yang dibuat pada tahun 2015, sebelum ditutup pada tahun 2016.

YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
ADUN Salor, Kelantan.
5 Dzulkaedah 1438/29 Julai 2017

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :