SEBAT: KEGEMPARAN RAKYAT TIDAK DAPAT DITENANGKAN OLEH ZAHID

NAZRI DAN AZLINA AKAN SEDAR BILA KENA BERKHATAN SEKALI LAGI.  
 



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi tidak menjawab dengan tepat soalan yang terpendam di kalangan masyarakat, ahli undang-undang,NGO,tokoh masyarakat,ilmuan  dan orang UMNO sendiri yang melihat penghukuman cara terbuka dikhalayak terhadap pesalah jenayah syariah  sebagai keruntuhan peradaban Malaysia.

Zaman mendedahkan hukuman untuk tuntonan ramai bagi memalukan atau menakutkan hanya berlaku di negara yang tidak bertamadon seperti Arab Saudi yang menolak ilmu Sains Sosial dan melaksanakan hukuman agama dengan tafsiran jumud dan  sempit

Walaupun di peringkat ini hanya dilaksanakan  di negeri Kelantan tetapi sekaligus mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam Wasatiah.

UMNO sebagai sebuah parti tunjang  pemerintah tidak boleh membasoh tangan dari terlihat dalam mencacatkan Perlembagaan Negara yang suci , dinamik,sentiasa sezaman,saksama ,harmony dan adil pada semua kaum di negara ini yang telah berjalan tanpa menimbulkan krisis besar.

Sistem perundangan  sedia ada telah dapat mengawal keadaan moral rakyat dan tidak menimbulkan prasangka buruk di kalangan bukan Islam di negara ini. Banyak kejadian pelanggaran moral yang dahsyat dan pelek berlaku di negeri Kelantan yang telah menjadi negeri tertutup  sejak di bawah pemerintahan Pas. Rujukan boleh dibuat dengan pihak polis atau mahkamah.

Menjalankan hukuman dengan tujuan untuk memalukan atas kes-kes moral bertentangan dengan  Declarasi  Hak-Hak Kemanusiaan Antarbangsa dan  di Malaysia menghalang perkembangan ketamandunan Melayu Islam  yang cuba dikembangkan menerusi pendidikan  di sekolah hingga kepada sistem perundangan dan perlembagan .

Tidak syak lagi walaupun rang undang-undang ini tidak melibatkan bukan Islam tetapi reaksi negatif  bukan Islam telah memacilkan  parti  Pas dari aliran perdana dan menjadikannya  sebuah parti terasing yang tiada lagi masa depannya di negara ini kecuali hanya di Kelantan.

Dalam hal ini kita harus melihat kembali kebelakang  usaha kerajaan untuk membentuk manusia Malaysia yang bermoral tinggi yang ukurannya tidak sahaja dari syariah tetapi dari kemampuan sosial sesaorang malayakan dirinya dengan peradaban Malaysia seperti bertoleransi,sopan santun, bertimbangrasa terhadap nilai bersama yang melampaui batas kaum dan agama dan tidak anti sosial kerana sifat sifat keugamaan sempit,jumud dan dogmatik.

Apakah tujuan kita  membatalkan hukuman sebat dihadapan umum   terhadap murid-murid di sekolah seperti didepan murid dalam kelas atau  di perhimpunan sekolah?

Semasa saya menjadi pemberita Utusan Melayu di Kedah dan Perlis lima puluh tahun dahulu ,orang  tidak berpuasa di tangkap dan diarahkan membawa pinggan mangkok makanan  mereka ke  Balai Polis malah ada yang diarak mengelilingi bandar Kangar  diatas lori untuk memalukan mereka.

Kenapakah ini semua telah dihentikan.Ini adalah bukti  Malaysia berkembang selaras dengan  ajaran  Sains Social dan perundangan negara yang dipelajari dari negara-negara maju dan bukannya dari Arab  Saudi dan lain-lain negara Arab yang rakyatnya  tidak terdedah  kepada ilmu luar.

Hingga sekarang  kebanyakan negara ini melambangkan sifat-sifat tidak bertemadun malah percaya kepada penyelesaian krisis menerusi kekerasan dan keganasan berpandukan emosi.

Kajian Sains Sosial telah menunjukan  cara degrading form of punishment tidak dapat mengubah kelakuan manusia sebaliknya menanam perasaan dendam yang berpanjangan  dan pemberontakan jiwa  yang akhirnya menyebabkan manusia tidak condong untuk mencari penyelesaian mengikut proses pelajaran dan  pembelajaran sebaliknya menjadikan emosi sebagai panduan dan mudah dilagakan  oleh kuasa asing.

Ini adalah bertentangan dengan hasrat pengasas-pengasas kemerdekaan dan kepimpinan  UMNO terdahulu yang bermati -matian menentang Pas kerana boleh merosakan dasar harmony  masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.Kecendorongan mereka adalah untuk meniru Islam Arab dan Islam Iran.

Sekiranya Perdana Menteri Tun Abdul Razak masih hidup, kerjasama dengan Pas tidak mungkin akan berlaku sekiranya Pas mahu memaksakan  dasar dogmatik,fanatik, anti sosial   keatas UMNO tetapi kerana kelemahannya sekarang, UMNO  terpaksa menjual maruahnya kepada  Pas sekalipun terpaksa mengorbakan imejnya yang mulia dan  disanjung tinggi selama ini.

Suatu hal yang amat menyedihkan bila ahli undang-undang dalam UMNO sendiri seperti Datuk Nazri Aziz dan Azlina membisu seribu bahasa  dalam saat UMNO menghadapi keruntuhan peradabannya malah Azlina seolah-olah tidak dapat melihat lebih jauh bila  beliau mengatakan bahawa RUU 355  itu hanya terbatas di Kelantan sahaja

Ini adalah sifat hipokrasi di taraf yang sangat rendah  sekali  kerana hendak terus berada dipinggir kuasa dan mereka hanya akan sedar bila Pas berkuasa dan menghukum mereka untuk berkhatan sekali lagi kerana ke Islaman mereka belum cukup sempurna.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :