Seorang pegawai SPRM membuat laporan polis itu di Putrajaya terhadap pemilik akaun Facebook 'Cikgu Aming' memuat naik laporan portal bertajuk 'SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah'.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama “Cikgu Aming” yang memuat naik laporan portal kononnya suruhanjaya itu mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Menurut sumber SPRM, laporan berkenaan dibuat seorang pegawai suruhanjaya berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 12 tengah hari tadi.
Semalam, pemilik akaun Facebook berkenaan memuat naik laporan portal bertajuk “SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah”.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan dakwaan yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu tidak benar sama sekali dan mengelirukan masyarakat.
Berhubung kes berkenaan, SPRM dalam kenyataan itu berkata, pada 29 Disember 2016, 3 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM61.48 juta, selain memiliki secara salah barangan mewah.
Sebutan kes itu ditetapkan pada 8 Ogos ini.
SPRM berkata, ketiga-tiga tertuduh itu ialah bekas pengarah JANS, Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya, Fauziah Ag Piut serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng.
Related Posts :
Calon PM: Ketidakpuasan hati ahli boleh jejas undi PHOleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Sikap ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin dan ahli Pakatan Harapan (PH) bakal me… Read More...
Harga petrol turun 3 sen, diesel kekalANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 3 sen seliter manakala diesel kekal, berkuat kuasa tengah… Read More...
Amanah Johor: Kami dapat 2 kerusi Parlimen kerana PH ada strategi lainAminolhuda Hassan berkata, Amanah Johor berharap PH akan memberi lebih banyak kerusi DUN kepada mereka bagi menebus kekecewaan hanya mendapa… Read More...
Dr Mahathir dilarang jumpa AnwarANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilarang mengadakan pertemuannya dengan Ketua Umum PKR… Read More...
Masih terlalu awal untuk minta dana, kata ADUN PAS AddThis Sharing Buttons Share to TwitterShare to FacebookShare to WhatsAppShare to WeChatShare to LINEShare to TelegramShare to Google+Share to EmailShare to Print pada 10-01-2018 06:01 Oleh Athirah Hanapiah Post Pic SHAH ALAM: PAS Selangor memberitahu tiada sebarang tuntutan peruntukan dibuat oleh ADUN-ADUNnya sehingga hari ini kepada kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali. Justeru menurut ADUN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan tidak timbul soal peruntukan berkenaan disekat ataupun dipotong, sambil mengesahkan masih terlalu awal untuk meminta dana kewangan. "Kita tiada apa-apa maklumat sama ada rasmi ataupun tidak, tetapi apa yang kita tahu setakat ini tuntutan belum boleh dibuat lagi. "Masih awal bulan, baru masuk minggu kedua (tahun 2018), kita pun tidak menghantar apa-apa tuntutan lagi," ujarnya ringkas. Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan peruntukan kepada ADUN PAS di Selangor dipotong oleh Kerajaan Negeri bermula tahun ini. Perkara itu bagaimanapun dinafikan Azmin sendiri pada hari ini dengan menyatakan kerajaan negeri yang dipimpinnya tidak pernah menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu. Sebaliknya Azmin menjelaskan, kelewatan itu mungkin berpunca dari masalah teknikal, dan kemudiannya berjanji untuk menyelesaikan perkara itu. Beliau berkata, peruntukan itu adalah kepada ADUN, termasuk wakil rakyat PAS, ahli kelab penyokong kerajaan (BBC) dan penyelaras DUN serta kawasan Parlimen.Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PAS Selangor memberitahu tiada sebarang tuntutan peruntukan dibuat oleh ADUN-ADUNnya se… Read More...