TAK PELIK TUN MAHATHIR SOKONG ANWAR!!!

Gabungan Tun Mahathir dan Anwar ni sama macam Tuan Saddiq Segaraga dengan Tuan Penasihat 25 Persen je. Dua - dua nak jaga kepentingan diri sendiri semata - mata!!!
Semenjak dua tiga hari ni, memang tak banyak cerita lain yang kita boleh baca. Kalau minggu lepas, parah DAPigs kena balun pasal isu pemilihan Jawatankuasa CEC diorang dengan RoS.

Tapi isu tu nampak gayanya dah semakin reda. Minggu ni orang sibuk bercerita mengenai pendirian terbaru Tun Mahathir yang menyokong pembebasan Si Ketua Penipu tu dari penjara.

Namun bagi sesetengah pihak, tindakan Tun Mahathir yang buat Pusing U paling besar dalam sejarah hidup dia sendiri itu bukan suatu perkara yang menghairankan sangat pun sebenarnya.

Malah perkara seperti itu memang sudah boleh diduga sejak dari awal penentangan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri ketika ini.

Benda biasa la. Dalam dunia Politik yang tidak ada berprinsip ni memang mudah seseorang tu nak mengubah pendiriannya demi untuk memastikan kepentingan Politik Peribadi dia sendiri terjaga.

Waima sebelum ini Tun Mahathir menjadi orang yang menuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang Peliwat sekali pun. Tapi demi nak merampas kuasa dan menjatuhkan BN, apa pun dia sanggup lakukan.

Kalau dulu, Tun Mahathir bukan sahaja menuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang Peliwat sahaja. Bahkan Tun Mahathir juga menuduh Si Ketua Penipu sebagai seorang 'Sex Addict'.

Perkara itu diakui sendiri oleh Tun Mahathir secara bertulis didalam bukunya, A Doctor In The House bagi menjustifikasikan tindakan yang diambila terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Antara lain Tun Mahathir menjelaskan bahawa tindakan dia memecat dan menggugurkan jawatan Si Ketua Penipu tu adalah kerana dia tidak mahu seorang Pelaku Maksiat menjadi Perdana Menteri.

Tapi semua itu berubah ketika ini hanya semata - mata kerana sekelumit benci yang tertanam dibenak hati Tun Mahathir terhadap kepimpinan Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Dan secara kesimpulannya, perkara itu bukan suatu yang mengejutkan. Malah ianya bukan suatu yang baru bagi seorang pemimpin Politik seperti Tun Mahathir yang menganggap bab dosa dan pahala ni boleh diletak ke tepi demi kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :