Presiden PKR berkata parti itu akan tetap bertanding di Parlimen Permatang Pauh sekaligus mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU akan datang meskipun PAS juga menyatakan hasrat yang sama.
"Pengundi Permatang Pauh akan terus memberi undi. Kita tunggu keputusan. PKR akan bertanding," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Kenyataan Wan Azizah itu sebagai maklum balas selepas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertegas bahawa partinya tidak akan beri muka kepada PKR dan akan bertanding di kerusi Permatang Pauh.
Bukan sahaja kerusi panas itu, PAS juga menurut Mohd Amar turut bersedia meletakkan calon-calonnya di keseluruhan kerusi milik PKR, termasuk kawasan DAP yang berpotensi di Pulau Pinang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga menambah pendirian itu diambil selepas PKR dan PAS tidak lagi bertahaluf siyasi, dan terbuka sekiranya berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
PAS melakukan gerak awalnya pada Ahad minggu lalu apabila melancarkan jentera Pilihan Raya parti itu di Permatang Pauh meskipun sehingga kini belum ada lagi sebarang pengumuman rasmi bahawa parti itu akan bertanding merebut kerusi itu, termasuk tiga kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) di bawah parlimen berkenaan.
Untuk rekod PKR menguasai kerusi Permatang Pauh sejak Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999 sehingga kini meskipun penyandangnya silih berganti antara Wan Azizah dan suaminya, Si Ketua Penipu tu yang masih lagi meringkuk dalam penjara pada ketika ini!!!