'Zahid seperti budak-budak bergaduh, ungkit keturunan'



Tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkit keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad melambangkan tahap pemikirannya yang disifatkan sebagai kebudak-budakan.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, tindakan mengungkit keturunan sesiapa pun termasuk Tun Mahathir atau Najib Razak, bukan sikap seorang pemimpin yang baik apatah lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.
"Saya tidak menyangka sama sekali orang bertaraf Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno boleh mengungkit soal keturunan seseorang.
Tun Mahathir Zahid Hamidi"Sudah tentulah ungkitan soal keturunan ini meletakkan seorang bertaraf Timbalan Perdana Menteri seperti orang kampung, malah tidak keterlaluan saya katakan seperti budak-budak berkelahi dalam bilik darjah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya Ahad lalu mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.
Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, jika Zahid mahu pun Pakatan Harapan (PH) ingin menerangkan kesilapan di zaman pemerintahan Tun Mahathir, tidak perlu sehingga menyerang peribadi dan keturunan.
"Kita dedahkan kepada orang ramai isu pengsonglapan wang rakyat seperti skandal 1MDB. Bukan 'menumbuk di bawah paras pinggang' seperti dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: